SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, August 18, 2009

SPR nak pinda undang-undang lagi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini di peringkat akhir membuat kajian keatas kaedah baru penamaan calon.

Ia antara lain untuk menjamin kelancaran hari penamaan calon pada masa akan datang.

Kajian ini dikatakan merangkumi kemungkinan untuk memanjangkan tempoh sesi penamaan calon selain menggunakan sistem pendaftaran penamaan calon berkomputer.

"Antara kemungkinan yang dikaji ialah melanjutkan tempoh bagi mendaftar dan menyerahkan borang penamaan calon...


Banyak model dan sistem yang kita sedang kaji... dari India, Kanada dan sebagainya.Kita dapati ada sistem baik dan ada sesuai dengan persekitaran kita, ada yang tidak sesuai, yang sesuai kita cuba kaji untuk digunakan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun ini. Pindaan tersebut hanya membabitkan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

"Kaedah yang dikaji ini bakal melibatkan sistem yang effisien, misalnya kita hendak menggunakan sistem komputer... pengumuman status calon bertanding. Ini antara perkara yang dikaji sekarang," katanya.

"Hasil kajian dan pandangan SPR akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan kelulusan. Jika diterima, pindaan ke atas Peraturan Pilihan Raya, hanya membabitkan pindaan prosedur," katanya.

SPR telah mula mempertimbangkan kajian ini sejak pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008.

Lebih 20,000 orang berkumpul ketika hari penamaan calon pilihan raya kecil itu.

Trend kehadiran ramai penyokong iringan dan suasana tegang ketika penamaan calon berlarutan sehingga di Permatang Pasir semalam.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang had ditetapkan kepada penyokong iringan yang datang untuk meraikan calon pilihan masing-masing.

"Ini melibatkan soal hak asasi warganegara dan kami tidak mahu meletakkan had jumlah yang harus hadir, tapi SPR akan menggunakan cara dan kaedah lain memastikan kelancaran proses penamaan calon," kata beliau lagi.

SPR OH SPR.. DAKWAT YANG SUDAH BELI HARI ITU BILA NAK GUNA?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/