SharpShooter Followers

Saturday, August 22, 2009

Muhyidin khianat & menggadai masa depan rakyat

Keputusan Terbaru PSSMI : Muhyidin Khianat & Menggadai Masa Depan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan rasa kesal dan menganggap pengumuman terbaru kerajaan dalam pemansuhan dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) sebagaimana yang diumumkan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom membuktikan bahawa Menteri berkenaan telah mengkhianati harapan dan masa depan rakyat.

Menurut kenyataan Alimudin semalam, keputusan terbaru kerajaan pada awal Ogos menunjukkan bagaimana liciknya penipuan yang dibuat oleh kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pada tahun 2012 dasar PSSMI akan dihapuskan.

Ternyata program yang dirancang mahu memanjangkan polisi terbabit amat jauh dari harapan rakyat yang mahu dasar tersebut segera dihapuskan kerana menyebabkan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa melayu terjejas teruk.

Bagi kami keputusan kabinet bagi portfolio Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda disekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan.

Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni dari kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat melayu di kawasan luar bandar.


Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
Adun Batu Caves


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/