SharpShooter Followers

Saturday, August 15, 2009

Loke menghina Islam telah disiasat polis

Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook pagi Jumaat menerima kunjungan dari dua pegawai polis Bukit Aman untuk menyiasat isu tulisan dalam laman blog yang sudah tidak aktif yang dimana beliau didakwa telah menghina Islam dan Sultan Perak.

Ahli Parlimen Rasah itu yang sebelum ini menafikan beliau ada kaitan dengan laman blog itu telah membuat laporan polis di Balaiu Polis Dang Wangi Kuala Lumpur Isnin.

Tulisan dalam laman blog itu yang sudah ‘ dimatikan’ mencetuskan kemarahan ramai orang.

Semasa berada lebih dua jam di pejabatnya di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak di Seremban, dua pegawai polis dari unit siasatan perisian komputer, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia telah mengambil keterangannya sebagai saksi.

"Mereka datang ke pejabat saya pada kira-kira pukul 10 pagi dan mengambil kenyataan percakapan saya selama dua setengah jam. Kedua-dua pegawai polis itu mengambil kenyataan saya sebagai seorang saksi. Peguam Siow Kim Leong yang merupakan pengerusi biro guaman DAP turut bersama semasa kenyataan percakapan saya diambil," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya kenyataannya diambil ekoran beliau telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur Isnin lepas untuk menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan apa-apa perkataan atau pun ayat yang menghina agama Islam dan Sultan Perak.

"Di sini, sekali lagi saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan itu ditulis oleh saya. Saya tidak pernah menulis apa-apa yang menghina agama Islam atau pun Sultan Perak," katanya


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/