PULAU PINANG 19 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang ditutup pada 22 April lalu, dibuka semula.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md. Yatim berkata, pihaknya membuka semula kertas siasatan kes itu Jun lalu kerana mendapat maklumat tambahan daripada orang awam yang mampu menyokong siasatan kes itu diteruskan.
Beliau berkata, maklumat tambahan tersebut diterima oleh SPRM Pulau Pinang secara bertulis dan dokumentasi.
''Memang pada dasarnya kes itu telah ditutup memandangkan kita tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk proses pendakwaan.
"Bagaimanapun, maklumat kita terima sekitar Jun lalu daripada orang awam menunjukkan ada keterangan untuk menyokong siasatan tersebut diteruskan.
"Oleh itu kita buka semula fail siasatan termasuk merekodkan keterangan beberapa orang Exco kerajaan negeri dan ketua menteri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Latifah, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan lanjut terhadap maklumat yang baru diterima itu dan laporan mengenainya diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan SPRM di Putrajaya, awal bulan ini.
''Bila ada maklumat tambahan yang boleh menyokong sesuatu kes, kita akan buka dan lakukan siasatan. Ini tugas kita. SPRM Pulau Pinang telah selesai melakukan siasatan dan laporan mengenainya juga telah dihantar ke ibu pejabat.
''Terpulang kepada bahagian pendakwaan untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini. Ini bukan lagi bidang tugas kami,'' kata beliau.
Pada 22 April lalu, Mohammad Fairus mengesahkan siasatan kes rasuah membabitkan dirinya telah ditutup oleh SPRM.
Beliau sebelum itu meletakkan jawatan tersebut dan Exco Pembangunan Keusahawanan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April. Surat perletakan jawatannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.
Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa sebelum dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.
Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.
Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan-utusan online
Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri sekian lama setelah pendedahan dibuat. Sebenarnya saya masih terikat dengan perjanjian Siasatan Dalaman PKR tentang kes ini. Saya langsung tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan media arus perdana. Maksudnya membuat sidang media secara rasmi. Blog kerdil saya sharpshooter ini apalah sangat.
Untuk makluman, kes saya sekarang sudah selesai disiasat di peringkat negeri dan telah pun dibentangkan dalam mesyuarat MPT Pusat. Jawatankuasa Disiplin Pusat akan memanggil saya pula untuk memberi keterangan.
Jika saya tidak punyai bukti masakan saya berani tampil ke media arus perdana tempoh hari. Alasan Fairus letak jawatan kerana nak sambung belajar amat melucukan. Adakah sekarang benar Fairus sambung belajar?
Semalam Anwar Ibrahim sewaktu ceramah di Bukit Indera Muda berkata jika ada bukti baru biarlah SPRM dakwa Fairus. saya tidak akan mempertahankannya jika terbukti beliau terlibat dengan rasuah.
Tidakkah anda terfikir kenapa Anwar arahkan Fairus untuk meletak jawatan sebelum siasatan selesai samada SPRM ataupun Siasatan Dalaman? Tidakkah zalim namanya Anwar menghukum Fairus sebelum siasatan selesai? Mengapa Anwar tidak mahu mengambil semula Fairus setelah ada pegawai SPRM menelefon Fairus 'kononnya' beliau bersih? Adakah ini satu konspirasi terancang seperti yang didakwa Fairus?
Tidakkah anda terfikir mengapa SPR bermesyuarat Rabu tetapi akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Penanti pada hari Jumaat, kemudian pinda lagi hari Isnin baru nak umum tarikh tersebut. Kebiasaannya SPR bermesyuarat dan terus umumkan tarikh penamaan calon dan mengundi selepas selesai mesyuarat. Tetapi kenapa SPR tidak umum tarikh selepas bermesyuarat Rabu untuk prk Penanti. Bukankah ini luar biasa?
Mengapa SPRM tiba-tiba begitu tergesa-gesa memaklumkan Fairus bersih pada hari Khamis sehari selepas SPR bermesyuarat? Mengapa ketika itu Pengarah SPRM P.Pinang Puan Latifah enggan mengulas isu Fairus setelah SPRM Pusat mengatakan Fairus bersih? Adakah SPR dan SPRM hanya patuh arahan UMNO ?
Mengapa SPRM begitu cepat selesaikan kes Fairus dan mengatakan Fairus bersih ketika Najib umumkan umno tidak mahu bertanding di Penanti setelah umno tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau?
Kes Fairus selesai cepat tetapi kes-kes lain tak selesai lagi sampai sekarang. Sebagai contoh kes Azalina, kes Khir Toyo mengapa sampai sekarang rakyat tidak tahu apa statusnya?
Sehingga hari ini sudah 3 bulan 26 hari saya menunggu saman Fairus. Mengapa sampai hari ini Fairus tidak berani saman saya?
Saya bukan jenis orang penakut dan gila jawatan. Antara maruah dan jawatan, maruah itu lebih penting dari jawatan.
Saya bukan seperti Johari Kassim yang sanggup 'meludah kemudian menjilat ludahnya kembali' kerana gilakan jawatan Ahli Majlis. Ku sangkakan "ayam sabung, rupanya ayam piru".
Mengapa tiba-tiba ketika prk Permatang Pasir SPRM timbulkan semula isu Fairus setelah UMNO gagal menjawab isu pecah amanah calonnya Rohaizat berjumlah hampir RM161 ribu? Majlis Peguam sudah memecat Rohaizat dan hari ini mengapa Muhyidin suruh Rohaizat buat akuan bersumpah pula? Mengapa tidak saman saja Majlis Peguam jika mereka membuat fitnah?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
1 day ago