SharpShooter Followers

Wednesday, August 26, 2009

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

Umno dan b-end tidak pernah belajar dari kesilapan. Melihat reaksi Najib, Muhyidin dan Hishamudin serta beberapa pemimpin umno tentang kekalahan di Permatang Pasir, ternyata mereka tidak pernah belajar dari kesilapan.

Apabila mereka meletakkan kekalahan mereka kepada kesalahan PAS, tidak mahu mengaku kelemahan, membuktikan betapa egonya mereka dan mereka tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan dalam semua prk di Semenanjung.

Dalam soal kredibiliti calon hinggalah tuntutan untuk calon b-end bela diri tidak diurus dengan baik. Malah ada pula yang cuba menegakkan benang yang basah.

Dari situ rakyat sudah nampak kekalutan pengurusan jentera pilihanraya b-end dalam menangani krisis secara mengejut hasil daripada pemilihan calon yang bermasalah.

Saya amat yakin ini adalah sabotaj oleh pemimpin umno p.pinang sendiri yang mahu Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno p.pinang.

Bila b-end sudah tewas mereka salahkan pula rakyat kerana tidak mahu pembangunan kononnya. Kenapa diungkit lagi soal pembangunan itu

Tidakkah pihak b-end sedar yang rakyat inginkan pembangunan integriti pemimpin yang ingin memimpin mereka bukannya pembangunan semata-mata.

Media arus perdana juga tidak berubah. Berita arus perdana ternyata berat sebelah. Mereka tidak mahu belajar dari kesilapan.

Biarkan..biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/