SharpShooter Followers

Wednesday, August 12, 2009

Muhyidin 'Penghianat Melayu'

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap gema dan suara tuntutan isu Melayu yang sedang didendangkan oleh Umno pada ketika ini hanyalah untuk menutup suara dan tuntutan perubahan yang di tunggu rakyat.

Selepas badai politik menghempuk Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12,BN telah bersungguh-sungguh menutup tuntutan perubahan rakyat dengan taktik politik mundur seperti membakar sentimen perkauman dan politik fitnah.

Pelbagai kaedah termasuk perhimpunan, menggunakan masjid untuk tujuan politik tidak bermaruah dalam kes Anwar Ibrahim dan penipuan kes azan di Selangor sehingga membawa penahanan Theresa Kok semata-mata untuk mengalih permintaan rakyat agar kerajaan yang dipilih benar-benar adil, prihatin dan membela rakyat .

Disamping itu BN juga tetap meneruskan amalan politik rasuah dan sewenang-wenang menggunakan agensi kerajaan untuk menyokong jentera Umno-BN yang telah rosak dengan rasuah dan kegilaan materi.

Krisis Perlembagaan di Perak dan pembentukan pejabat pembangunan persekutuan dengan hasrat jelas hanya untuk berkhidmat pada BN adalah contoh bagaimana tidak berubah dan hancurnya moral pimpinan Umno pada semua rakyat yang majoritinya Melayu.

Namun begitu jelas setelah 6 pilihanraya kecil di semenanjung rakyat masih memberikan kepercayaan kepada agenda reformasi Pakatan Rakyat dan sekaligus menolak politik durjana Barisan Nasional.

Kini setelah arus perubahan dan pendirian rakyat semakin jelas BN sekali lagi mengaitkan semua isu dalam perspektif perkauman sempit yang begitu ironi dengan setiap retorik baru Najib.

Deretan isu yang tidak dijawap oleh mereka, isu pengaturan keputusan hakim, rampasan haram kerajaan Perak, kematian tahanan, akta drakonian seperti ISA dan ribuan kes rasuah termasuk komisyen hampir 1 billion ringgit yang melibatkan Najib cuba diselindungkan dengan isu hak melayu tercabar, ketuanan melayu, cina semakin berani dan kurang ajar.

Kenyataannya dalam beberapa isu orang melayu paling ramai yang menerima kesan langsung dari pendekatan buruk kerajaan BN. Setelah Najib cuba jadi juara dengan menghapuskan DEB dalam beberapa sektor pimpinan yang tiada maruah dalam Umno bertepuk dan kini muka yang sama mahu menuding jadi orang lain pengkhianat Melayu.

AMK percaya fokus rakyat masih jelas untuk perubahan dan kita akan mempergiat usaha melakukan reformasi untuk kebaikan rakyat.


Umno kini seperti sudah hilang kekuatan dan mengharap perbezaan Pakatan untuk memenangkan mereka.

YB Amirudin Shari
Naib Ketua AMK

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/