Suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala di sini, pagi ini.
Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.
Para pekerja yang ditugaskan untuk merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala bersedia dengan dua jentolak untuk memulakan kerja tetapi dihalang oleh penduduk kampung itu.
Pengarah Nusmetro, Gary Ho yang mengiringi para pegawai Bailif untuk menampal notis memaklumkan kepada penduduk bahawa kerja merobohkan akan dilakukan.
Penduduk mendakwa Bailif memberi masa 15 minit kepada mereka untuk mengosongkan rumah masing-masing.
Inilah akibatnya jika terlampau lebih-lebih menuntut hak. Tidak tetap pendirian adalah puncanya. Sekejap setuju sekejap tidak. Pampasan yang ditawarkan adalah terlalu tinggi. Sepatutnya penduduk Kg Buah Pala bersetuju menerimanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
23 hours ago