SharpShooter Followers

Monday, August 17, 2009

Satu lawan satu - Permatang Pasir


Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - Menyaksikan saingan satu lawan satu antara musuh tradisi - BN dan PAS.

Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.

Status calon kedua-dua parti itu diumumkan satu setengah jam kemudian. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan iaitu 13 daripada PAS terhadap Rohaizat manakal BN mengemukakan dua ke atas Salleh.

Bagaimanapun tiada apa-apa bantahan berkaitan dengan isu salah guna wang membabitkan bekas firma guaman Rohaizat yang menjadi isu dibangkitkan pembangkang.

Antara bantahan yang dibangkitkan berkaitan dengan status pekerjaan. Misalnya PAS mempertikaikan pekerjaan Rohaizat yang disebutkan sebagai ahli perniagaan sedang media melaporkan beliau seorang peguam syarie dan penasihat undang-undang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya ketika mengumumkan status nama calon di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara berkata, pihaknya menerima 15 bantahan tetapi semua ditolak.

"Dengan itu, hanya dua calon bertanding iaitu Rohaizat Othman dari Barisan Nasional dan Mohd. Salleh Man dari PAS," katanya.

Borang penamaan calon BN diterima pukul 9.03 pagi manakala calon PAS berbuat demikian tiga minit kemudian.

Pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding mengubah 'fikiran' pada minit-minit terakhir.

Walaupun beliau memasuki dewan penamaan calon kira-kira empat minit sebelum 10 pagi tetapi tidak menyerahkan borang.

"Saya masuk dewan tetapi terus ke tandas. Apabila saya keluar dari tandas saya dapati pegawai-pegawai SPR keluar dan dapati masa untuk serah borang sudah berakhir," kata beliau kepada wartawan.

Beliau pernah bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Penanti.

Walaupun gagal serah borang Kamarul terus berada di khemah yang dikhaskan untuk calon Bebas sehingga Roslan mengumumkan nama calon-calon yang sah.

Laporan gambar-gambar sekitar penamaan calon akan menyusul nanti.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/