SharpShooter Followers

Saturday, August 08, 2009

Tahniah YB Law Choo Kiang yang bekerja keras.

Tahniah pada YB Law Choo Kiang selepas pengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tiga projek masalah banjir yang telah lama menghantui penduduk disekitar Taman Desa Damai, Taman Makok dan Sungai Rambai.

Kesemua projek tersebut adalah dari peruntukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui Peruntukan Caruman Perparitan Tebatan Banjir Negeri.

Projek ini akan memberi manafaat pada semua penduduk bagi mengatasi masalah banjir yang sudah sekian lama menghantui mereka terutama ketika hujan lebat.

Projek pertama: Pada bulan ini merangkumi empat komponen disekitar kawasan Taman Mangga dan Taman Sentul Jaya di Juru, Taman Desa Damai dan rumah PAM baru yang terletak dalam kawasan Sungai Rambai tiga dan lima.

Projek di Taman Mangga – 2 units pam, baikpulih mesin sampah,upgrade suis room, perbesar office, kerja-kerja pembinaan tandas serta pemasangan SCADA bagi pemantauan yang lebih effective.


Longkang bersaiz 1,2000mm x 1,200mm yang baru dibuat merentasi padang di Taman Desa Damai selain ‘pump sump’ bagi menampung jumlah kuantiti air yang banyak dan pemasangan sistem SCADA. Manakala di kawasan Sungai Rambai lima rumah pam baru, mesin sampah automatik juga akan dibina.

YB Law Choo Kiang adalah Exco Pertanian yang dahulunya dipegang oleh ketua pembangkang sekarang YB Azhar Penaga. YB Azhar sendiri pernah mengakui bahawa prestasi YB Law Choo Kiang jauh lebih baik darinya.

YB Law Choo Kiang adalah adalah aktivis reformis sejak awal lagi. Beliau begitu senang didekati dan mudah mesra dengan sesiapa. Aidi Rafizul dan Zulkifli Ibrahim adalah PA nya sekarang. Hijat Panjang juga pernah menjadi PA beliau tetapi melepaskan jawatan untuk menyambung perniagaan ayahnya yang telah kembali ke Rahmatullah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/