SharpShooter Followers

Friday, August 14, 2009

JEFF OOI PERLU MINTA MAAF

Seramai 232 (53%) pengunjung blog SharpShooter berpendapat Jeff Ooi perlu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf. 80 (18%) memilih DAP beri amaran keras, 53 (12%) memilih dipecat, 50 (11%) memilih letak jawatan.

Ini bermakna majoriti amat marah dengan sikap Jeff Ooi yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi perlu memohon maaf kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) - selepas melabelkannya sebagai pertubuhan ekstremis - untuk memadamkan syak wasangka serta pandangan negatif dari masyarakat, kata Presiden JIM, Zaid Kamaruddin.

"Kalau dia minta maaf, bagus. Kalau dia tidak minta maaf, mungkin timbul pandangan negatif terhadap beliau daripada masyarakat Islam. Orang Islam ini sensitif apabila menyebut tentang undang-undang Syariah.

"Kalau dia bertegas tidak mahu minta maaf, orang akan kaitkan (kenyataannya) dengan DAP walaupun ini sebenarnya adalah pandangan peribadinya," kata Zaid (kiri) sambil menambah, isu -isuyang menyentuh tengan Islam, boleh menjejaskan hubungan antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan apabila isu itu dipolitikkan ke atas golongan bukan Islam yang kurang memahami amalan dan budaya masyarakat Islam tempatan.

Zaid juga khuatir isu tersebut bakal mengundang publisiti negatif terhadap penulis blog terkenal itu dan memberi impak buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Isu ini dapat dielakkan sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan di negeri itu berupaya menyelesaikan masalah dalaman mereka tanpa menguar-uarkannya di media," katanya

Sehubungan itu, Zaid menyambut baik saranan kepimpinan PAS untuk mengadakan program penerangan mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam dan ahli-ahli DAP bagi mengelakkan isu seperti itu berulang.

Menurutnya, program itu juga perlu diperluaskan supaya membolehkan orang Islam juga mempelajari mengenai adat resam dan amalan penganut-penganut agama lain di Malaysia, katanya lagi.

"Kita (orang Islam) pun ada salah faham mengenai agama lain, jadi tidak hairanlah jika ada orang bukan Islam yang membayangkan Taliban apabila bercakap mengenai syariat Islam.

"Kalau kita tidak kenal atau tidak faham agama dan budaya orang lain, kita tidak akan hormat kepada mereka," katanya.

Jeff (kanan) yang juga ketua staf pejabat ketua menteri Pulau Pinang menggesa supaya ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd Razali Abdullah dipecat kerana menganggotai organisasi ekstremis. Mohd Razali adalah ahli JIM.

Jeff membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada objektif penubuhan JIM yang mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Jeff bagaimanapun telah menarik balik kenyataan tersebut atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Zaid turut menjelaskan bahawa JIM adalah sebuah organisasi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

"Semua orang kenal kita. (Ketua Menteri) Lim Guan Eng dan (pengerusi DAP) Karpal Singh juga sudah keluarkan kenyataan bahawa kita bukanlah seperti yang didakwa oleh YB Jeff sebelum ini," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/