SharpShooter Followers

Thursday, August 06, 2009

Dr Daniel ahli JIM Khutbah Jumaat esok di Masjid Simpang Enam.

Dr Daniel Zainal Abidin bukanlah nama asing bagi orang P.Pinang khususnya. Beliau sering dijemput ke majlis Forum dan Ceramah. Beliau juga sering dijemput menjadi Khatib berkhutbah Jumaat di Masjid-masjid.



Beliau juga merupakan mantan YDP Pertama JIM P.Pinang. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang.

Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM. Anda nak tahu lebih lanjut tentang siapa Dr Daniel? Anda boleh layari di sini.

Beliau juga banyak menulis buku-buku terutamanya Sains dan Islam. Antaranya Quran Saintifik, Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad, Konsep Perubatan Islam, Mida Muslim Super dan banyak lagi buku-buku tulisannya yang perlu anda miliki.

Dr Daniel Consultancy (m) Sdn Bhd. diasaskan oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin pada tahun 2001, beribu pejabat di Gelugor, Pulau Pinang. Syarikat ini memfokuskan usaha untuk meledakkan potensi fitrah yang terdapat dalam insan ke arah kecemerlangan berasaskan formula al-Quran pendekatan kontemporari. Untuk mencapai tujuan ini strategi asas yang digunakan ialah melalui wahana pendidikan dan penyelidikan. Maklumat lanjut mengenainya anda boleh layari di <sini>.

Esok beliau akan berkhutbah Jumaat di Masjid Simpang Enam dekat Komtar bertajuk " SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MUSLIM "

Sementara itu seorang lagi sahabat saya aktivis JIM bernama Zainudin Hanif. Beliau pernah menjadi calon PKR bertanding di DUN Pulau Betong pada tahun 2004. Beliau kini adalah Setiausaha Kerja Dato' Seri Zahrain Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru.

Beliau juga sering dijemput berceramah dan berkhutbah Jumaat. Esok beliau dijemput berkhutbah di Masjid Jamek Kg Makam bertajuk "HAL-HAL MASYARAKAT ".

Sehubungan dengan itu, dakwaan Jeff Ooi mengatakan JIM ini adalah 'Pelampau Islam' adalah tidak berasas sama sekali. Apakah Jeff Ooi akan menarik balik kenyataan beliau dan memohan maaf secara terbuka kepada JIM dan Umat Islam?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/