SharpShooter Followers

Monday, August 10, 2009

Mahathir masih berdendam terhadap Anwar

Mantan PM yang mundar mandir tanpa jawatan PM, Dr Mahathir menyeru mereka yang mempunyai bukti untuk tampil sebagai saksi utama dalam kes saman Anwar terhadap taukeh pasir Johor Muhyidin tentang 'Pengkhianat Melayu'.

Beliau berkata contohilah Ezam yang sanggup menjadi saksi utama. Dr. Mahathir menambah, beliau percaya Anwar akan menggunakan apa sahaja cara untuk kepentingan kerjaya politiknya.


Beliau juga menegaskan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini terutama bagi mengekang unsur yang menyemarak kebencian kaum.

Sepatutnya umno, mca dan mic diharamkan kerana merekalah sebenarnya parti perkauman yang sentiasa mengapi-apikan sentimen perkauman.

Kadang-kadang lucu tengok Che Det. Masuk RAJA LAWAK pasti juara...Nabil..lu fikir la sendiri...

Siapa sebenarnya yang menjadi 'Pengkhianat Melayu'?
Siapa sebenarnya yang menjual pasir dan tanah Johor kepada Singapura?
Siapa sebenarnya yang telah menjual Rizab Tanah Melayu?
Siapa sebenarnya yang telah mengkhianati Melayu Kelantan dan Terengganu dalam royalti minyak?
Siapa sebenarnya yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu?
Siapa yang memperkecilkan Bahasa Melayu dan mengutamakan Bahasa Penjajah?
Siapa yang pernah cuba menghapuskan nama Islam dalam pertubuhan NGO dan Politik?
Siapa yang membunuh orang Melayu MEMALI di BALING, KEDAH?
Siapa yang menghalau dan mengusir orang Melayu P.Pinang?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/