SharpShooter Followers

Saturday, August 08, 2009

Ezam cuba nak jadi hero umno tawarkan diri jadi saksi utama

Ezam yang sudah tahu politiknya sudah tenggelam dan malap jika nak dibandingkan dengan Lokman Nor Adam yang kini menang Exco pemuda umno, cuba bangkit dengan cara politik murahan dengan sanggup jadi saksi utama.

Beliau sanggup menjadi saksi utama dalam kes saman Anwar terhadap Muhyidin 100 juta yang menuduh Anwar penghianat Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.

''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.


Siapa sangka ezam sanggup melacurkan dirinya sebagai hamba abdi pencacai barua umno setelah hampir 10 tahun, kerjanya pagi petang siang malam menghentam umno ke hulu ke hilir ke utara ke barat ke timur ke barat. Pendek kata, jangan tanya apa ezam kata pada umno, tapi tanya apa yang ezam tak kata lagi pada umno.

Mengapa ezam tidak berani mengatakan Najib penghianat Melayu sedangkan Najib juga telah menarik balik ekuiti 30 % bumiputra tentang garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu pada 30 Jun 2009.

Najib berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.

"Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB di sini hari ini.

Ezam juga dulu serang najib habis-habisan tentang isu Altantuya. Sekarang mulut ezam sudah ditutup disumbat dengan duit. Jadi pencacai umno seumur hidup.

Sampai digelar raja sesumpah. Mari kita imbau sejenak...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/