SharpShooter Followers

Saturday, August 08, 2009

YB Chong Eng (DAP) lontar 'Mud Ball' di Sungai Rambai

Jam 8 pagi hari ini, YB Chong Eng (DAP) bersama Persatuan GO PSLDA & PJC telah melakukan sesuatu yang wajar dipuji kerana telah melontar 'Mud Ball' ke Sg Rambai untuk memulihkan kembali sungai tersebut.

Untuk makluman semua, 'Mud Ball' adalah satu teknologi EM yang dihasilkan untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar. Anda boleh layari di sini jika ingin mengetahui apa itu 'Mud Ball'.

Jawatankuasa LA 21 adalah dibawah MPSP yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MPSP Oon Neow Aun. Ajk terdiri daripada Ahli Majlis MPSP dan NGO. Saya masih ajk tersebut hingga sekarang. Saudara Farid adalah Ahli Majlis MPSP PKR yang baru dilantik menganggotai jwatankuasa tersebut.

YB Chong Eng memberi kata-kata semangat kepada persatuan NGO melontar 'mud ball'.


Inilah rupa 'mud ball'.

Puan Jean Yeoh adalah pengerusi Persatuan PSLDA & PJC di Bukit Mertajam.





Sukarelawan pencinta alam yang wajar dipuji. Sebenarnya memelihara alam sekitar ini adalah suruhan Islam. Tetapi NGO Islam agak kurang memberi tumpuan kepada aktiviti seperti ini. Mungkin akan datang, InsyaAllah.


Kanak-kanak sejak kecil disemai untuk mencintai alam sekitar.


Warga Emas tidak ketinggalan menaburkan bakti dan contoh tentang betapa pentingnya pemeliharaan alam sekitar.

Bagi saya sebenarnya jika kaum Cina di Malaysia ini memeluk Islam, saya yakin Islam ini akan lebih dipandang indah. Sikap dan disiplin majoriti orang Cina adalah jauh lebih baik.

Di Negara China umat Islam berbangsa Cina jauh lebih ramai dari umat Islam Melayu di Malaysia. Terdapat melebihi 30 juta umat Islam di China. Bermakna lebih ramai dari penduduk Malaysia. Agama Islam telah berkembang di China sejak 1400 tahun dahulu. Berbanding dengan Malaysia hanya sekitar 400 tahun.

Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah, Rasullullah telah mengutuskan beberapa sahabat untuk berdakwah ke China.


Antara sahabat-sahabat Rasullullah yang pergi ke China adalah Saad bin Abi Waqas, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin Al-Harith. Sahabat-sahabat inilah yang berdakwah Islam ke China.


Mereka disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China hingga hari ini.


Semoga satu hari nanti Allah memberi hidayah kepada kaum Cina di Malaysia. Amin..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/