SharpShooter Followers

Tuesday, August 25, 2009

Analisa awal prk Permatang Pasir

Pada pendapat saya, peratusan keluar mengundi yang kurang (73.1%) daripada PRU (82.7%) mungkin kerana ianya diadakan pada hari bekerja ataupun mungkin ada juga rakyat yang sudah bosan dengan situasi politik hari ini.

Sejarah tercipta selepas PRU 12 di mana pilihanraya kecil sebanyak 8 kali telah diadakan. Mungkinkah rakyat sudah bosan dengan pilihanraya kecil yang terlalu kerap berlaku sepanjang setahun.

Alhamdulillah PAS berjaya mengekalkan kemenangan biarpun majoritinya menurun tetapi tidaklah seteruk di Manek Urai. Apa yang berlaku di Manek Urai tentang masalah dalaman PAS terlalu ketara hingga hampir kalah. PAS sudah ambil iktibar tentang apa yang berlaku di Manek Urai.

Malangnya ada juga sebahagian ajk PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak komited dengan prk Permatang Pasir seolah-olah memboikot. Keegoan melampaui kepentingan parti disaat kita berdepan dengan pilihanraya amatlah mengecewakan.


Kita tidak nafikan faktor calon terlalu penting dalam politik sekarang. Jika di Manek Urai, b-end cuba merendahkan atau membunuh karektor calon dengan memperlekehkan calon PAS hanya seorang taukeh ikan.

Di Permatang Pasir pula, b-end terpaksa menangkis serangan isu 'pecah amanah' calon b-end hinggakan orang umno sendiri membuat kritikan secara terbuka seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Kegagalan umno menjawab isu ini memberi kesan yang besar terhadap keputusan Permatang Pasir.

Ini menunjukkan sebahagian besar rakyat hari ini ada yang mengundi berdasarkan calon bukan parti. Hakikat ini adalah sesuatu yang positif dalam arena politik tanahair.

Parti-parti politik selepas ini akan berhati-hati dalam soal memilih calon, tidak boleh tangkap muat sahaja kerana faktor calon begitu penting untuk mempengaruhi keputusan mengundi.


Isu pembangunan, perkauman yang dimainkan oleh umno dan b-end ternyata tidak banyak mempengaruhi pengundi.

Isu Anwar Ibrahim juga yang dimainkan oleh umno dan b-end pada saat akhir ternyata langsung tidak mempengaruhi penggundi malah apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu pengundi Permatang Pasir tahu bahawa umno dan b-end sebenarnya ketandusan isu untuk diketengahkan. Terbukti semua isu ini memakan diri sendiri.

Saya berpeluang 2 kali berbincang panjang lebar dengan Saifudin Nasution Pengarah Pilihanraya PKR. Ada banyak juga kelemahan jentera PAS yang perlu diperbaiki. PAS mungkin terlepas pandang perkara ini.

Pengalaman saya menemani Chegu Bard dan YB Amirudin Shaari, memperlihatkan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku oleh petugas PAS namun saya percaya perkara ini akan dibincang dan diatasi dalam bedah siasat prk Permatang Pasir nanti.


Isu adun Lunas juga tidak mempengaruhi Permatang Pasir, tetapi yang pasti imej PKR tercalar. Rakyat akan mengatakan calon PKR hanya tangkap muat dan mereka mengkhianati amanah rakyat.

Di Perak 2 ekor calon PKR keluar PKR, di P.Pinang isu Fairus, manakala di Selangor juga isu adun PKR disebut-sebut termasuk isu Menteri Besar Selangor hinggakan wujud sebuah blog http://airmataselangor.blogspot.com/

yang dipercayai dibuat oleh ahli PKR sendiri. UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH..

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man dan juga kepada petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus memenangkan YB Ustaz Salleh Man. TAKBIR...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/