SharpShooter Followers

Wednesday, August 12, 2009

Khairy yang patut keluar umno bukan PAS keluar Pakatan Rakyat.

Khairy mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.

Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Khairy mungkin lupa tetapi rakyat tidak lupa sepatutnya beliau yang keluar umno kerana Najib tidak melantiknya sebagai Menteri atau Timbalan Menteri seperti anak Che Det dan Timbalan Ketua Pemuda UMNOnya.

Mana mungkin anak buah dan yang tewas dilantik menjadi timbalan menteri tetapi ketua pemuda dibiarkan gigit jari. Maknanya beliau tidak diiktiraf Najib sebagai ketua pemuda umno.

Sementara itu Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.

''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya beliau lagi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/