SharpShooter Followers

Saturday, August 15, 2009

Ustaz Sallah Man calon Permatang Pasir

PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Ustaz Salleh Man, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.


Ustaz Salleh Man, pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Pemilihannya diumumkan kira-kira pukul 10.45 malam tadi. Sebelum itu, Mahfuz, Dato Zahrain, Lim Guan Eng dan Mat Sabu turut berucap.

Mahfuz berpendapat politik Malaysia hari ini sentiasa meriah dengan pilihanraya. Kekalahan demi kekalahan oleh umno dalam 6 prk seolah-olah berak tak puas, habis berak najis sentiasa ada lagi. Umno sebenarnya tidak suka dengan pilihanraya kerana mereka diambang kekalahan.

Dato Zahrain mewakili Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir kerana masih di luar negara menyatakan komitmen PKR dalam memastikan kemenangan calon PAS. Anwar akan hadir pada penamaan calon. Jentera PKR juga telah bersiap sedia.

Lim Guan Eng pula berkata DAP akan memberi penerangan tentang Kerajaan Berjiwa Rakyat Pakatan Rakyat berbeza b-end kerajaan berjiwa koprat. Beliau juga umumkan pada tahun hadapan, kerajaan P.Pinang akan memberi kepada warga emas RM100 seorang pada setiap tahun.

Peruntukan melibatkan lebih 10 juta. Inilah bezanya dengan b-end yang memberi 10 juta kepada seorang saja tetapi Pakatan Rakyat berjiwa rakyat memberi kepada rakyat bukan seorang koprat keparat.

Kemunculan Mat Sabu membuat rakyat tidak kering gusi dengan celotehnya. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi katanya. Beliau juga terkejut kerana bila kerajaan P.Pinang melancarkan kempen untuk menghapuskan miskin tegar, 90% adalah Melayu. Apa umno buat untuk tolong orang Melayu selama lebih 50 tahun umno memerintah? Yang lebih menghairankan paling ramai adalah di Kepala Batas.



Ustaz Hadi pula berkata prk Permatang Pasir adalah satu simbol yang sangat menarik untuk Pakatan Rakyat sebab, pertama yang bertanding ialah PAS, DUN tersebut pula dibawah Parlimen Permatang Pauh (PKR) dan negeri ini pula dibawah jajahan DAP. Sebab itu saya kata pilihanraya ini sangat menarik kerana ia melambang Pakatan Rakyat yang sebenar.

Ustaz Hadi mahu jentera Pakatan Rakyat berkempen secara hikmah bukannya memaki hamun. Beliau yakin InsyaAllah Permatang Pasir akan kekal kepada PAS dengan majoriti yang lebih besar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/