SharpShooter Followers

Tuesday, August 18, 2009

Beranikah SPRM menyiasat Muhyidin?

Perbuatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan peribadi, parti umno dan politik telah pun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perbuatan Muhyiddin menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk tujuan peribadi nyata satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Penggunaan helikopter Nuri bukan sahaja satu kesalahan besar yang dilakukan oleh Muhyiddin sebaliknya turut melibatkan pembaziran wang rakyat yang membayar cukai setiap tahun.

Laporan telah dibuat kepada SPRM oleh AMK, oleh itu AMK dan Pakatan Rakyat menggesa SPRM agar membuat satu siasatan yang terperinci tentang penyalah gunaan kuasa ini dan berharap integriti dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM akan dapat dikembalikan dengan siasatan yang telus.

Laporan berita berkata, Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang.

Mengapa Muhyiddin dibenar menggunakan helikopter milik tentera, milik kerajaan untuk kerja-kerja partinya, Umno?

Walaupun beliau berjawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, ini tidak bermakna beliau boleh menggunakan harta serta kemudahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Sikap Muhyiddin mungkin gambaran sikap Umno keseluruhannya, yang sudah tidak dapat membezakan di antara harta peribadi dan harta kerajaan, harta kerajaan itu harta parti, Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.

Perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya.



Sementara itu Muhyidin berkata tindakan Gobalakrisnan memalukan anggota Parlimen Malaysia kerana menimbulkan kekecohan di tempat penamaan calon Permatang Pasir.

Beliau berkata hari pertama proses pilihan raya kecil yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan tenang dan aman telah dicemari oleh insiden itu.

"Ini hari yang pertama, sebelum kita tahu siapa calon nak bertanding, dia sudah buat peel (perangai) yang tak senonoh.

"Saya fikir, ahli Parlimen itu sepatutnya faham, bijak. Saya tidak tahu kenapa bertindak sebegitu rupa. Apa lagi terlibat dengan pihak berkuasa yang menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan My Tuition di Taman Bukit Angkasa di sini.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan seolah-olah sengaja hendak menunjukkan kejaguhan di tempat yang salah.

Sebenarnya Muhyidin yang cuba nak tunjuk jagoh sejak kebelakangan ini dengan isu 'Penghianat Melayu'. Umno sudah tiada isu untuk Permatang Pasir. Rakyat juga sudah tahu bahawa umnolah pengkhianat Melayu sebenarnya.


Orang Melayu P.Pinang lebih terasa peritnya bagaimana pemimpin umno sanggup bersekongkong dengan pemaju dan mendapat habuan lalu terus mengusir orang Melayu. Paling menyayat hati berlaku di Kg Nelayan Sg Batu tahun 2006, orang Melayu diusir ketika dalam bulan Ramadhan.

Isu pembangunan ditimbulkan oleh UMNO, kononnya tiada pembangunan di Permatang Pasir. Ibarat ludah ke langit akhirnya timpa ke muka sendiri. Siapa yang memerintah P.Pinang selama ini? Pakatan Rakyat baru setahun saja. 50 tahun UMNO buat apa di Permatang Pasir?

Tidakkah Muhyidin terasa malu sebagai anggota Palimen Malaysia kerana menyalahguna kuasa? Kata dulang paku serpih.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/