Pertubuhan Jamaah Islah adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar di Malaysia. Anda boleh melayari laman web JIM di <sini>

1) Hj Razali bin Abdullah adalah Ahli Majlis MPPP dari PKR. Seorang Juruukur Profesianal. Beliau merupakan aktivis JIM di P.Pinang. Beliau terlibat secara aktif bersama PKR sejak era reformasi 1998.

3) YB Fauziah bt Salleh Ahli Parlimen Kuantan PKR. Beliau merupakan mantan
Ketua Wanita JIM Malaysia yang pertama selama 10 tahun. Kemudian beliau menjadi Ketua Wanita PKR Malaysia selama 9 tahun. Beliau bertanding di Parlimen Kuantan dan menang mengalahkan calon B-End (MCA) Dato' Fu Ah Kiaw dengan mojoriti 1,826 undi pada PRU tahun 2008.Anda boleh layari laman web YB Fauziah Salleh di sini.

4) YB ir Shaari Sungip (Pak Abu) Wakil Rakyat Hulu Kelang. Beliau adalah mantan Presiden JIM Malaysia. Kemudian beliau

Jeff Ooi harus memahami JIM dan Islam sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam. Jangan membuat tuduhan melulu semata-mata mahu menutup skandal beliau.
Di Pulau Pinang Jeff Ooi, di Selangor Ronnie Liu mereka ini adalah wakil rakyat DAP yang bermasalah. Pimpinan Pakatan Rakyat harus pandang serius terhadap mereka berdua ini.
Mereka harus digugur sebelum Pakatan Rakyat tersungkur. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.
JIM dan JI adalah dua perkara yang berbeza. JI (Jemaah Islamiah) pernah dikatakan Abu Bakar Bashir adalah Pemimpin kumpulan ini, walhal Ustaz Abu Bakar Bashir sendiri tidak pernah dengar dengan kumpulan Jemaah Islamiah. Jemaah Islamiah ini sebenarnya sengaja di reka namanya oleh pihak2 pro U.S.
JIM dan JI adalah dua perkara yang berbeza. JI (Jemaah Islamiah) pernah dikatakan Abu Bakar Bashir adalah Pemimpin kumpulan ini, walhal Ustaz Abu Bakar Bashir sendiri tidak pernah dengar dengan kumpulan Jemaah Islamiah. Jemaah Islamiah ini sebenarnya sengaja di reka namanya oleh pihak2 pro U.S.
Mungkin Malaysia terpaksa menangkap dan mengISAkan rakyat sendiri oleh kerana tekanan dari Amerika Syarikat. Orang yang menyertai Mujahideen dalam peperangan membebaskan negara Islam (Afghanistan, Ambon, etc) apabila pulang ke Malaysia, mereka ditangkap dan di ISA kan. ISA juga digunakan untuk menangkap orang-orang politik.
Sebab itu Jeff Ooi dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya mesti betul-betul memahami Islam dengan sebenarnya. Jangan buat tuduhan melulu.
JI dan ISA merupakan dua perkara yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Mana mungkin kita tahan seseorang tanpa bicara. Apakah Malaysia Negara Jakun? Mengapa ISA ini digunakan untuk menangkap aktivis-aktivis Islam yang kononnya dianggap melampau?
Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya adalah salah seorang mangsa pembunuhan kejam kerana dituduh sebagai pelampau Islam.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/