SharpShooter Followers

Sunday, August 02, 2009

Geng Cikgu Bard antara 438 orang yang ditahan demo GMI

Orang-orang kuat Cikgu Bard adalah antara 438 orang yang ditahan hari ini kerana ingin menyertai demo GMI. Mereka ialah Azizi, Sani, Yasir dan lain-lain lagi. Mereka kini masih lagi ditahan di Balai Polis Bukit Jalil.

Mereka ditahan sekitar jam 12 ketika baru turun LRT. Di ketika itu demo belum bermula. Inilah sikap babi polis pencacai umno yang sanggup buat apa saja demi untuk memuaskan nafsu hati Najib.

Cikgu Bard hari berjaya melepaskan diri di SOGO dan beliau tidak ditahan atau ditangkap seperti siri-siri demo yang lalu.

Hari ini seramai 438 orang ditahan berkaitan perhimpunan anti-ISA antara 7 pagi hingga 6 petang ini, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak. Semuanya berbangsa Melayu kecuali tiga orang sahaja berbangsa bukan Melayu.

Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

Individu lain yang akan disiasat: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Kamarulzaman.

Polis boleh tangkap seberapa ramai yang dia suka, polis boleh tembak gas pemedih mata kepada rakyat, polis boleh pukul rakyat sesuka hati, polis boleh tangkap kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa, polis boleh tendang rakyat sesuka hati, TETAPI INGAT....POLIS TIDAK BOLEH MENYEKAT KEMARAHAN DAN KEBANGKITAN RAKYAT... LAWAN TETAP LAWAN


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/