SharpShooter Followers

Sunday, August 02, 2009

GMI - Sogo siri 1 - YB Zuraidah bersama 5,000 pelajar di Sogo

Saya bertolak dari rumah jam 1 pagi bersama isteri dan Jordan Kee (PA YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah). Jam 2 pagi kami sampai di Tol Jelapang terus ke rumah Simon Ooi (PA YB Lim Boon Chye) di Gopeng. Kami bermalam di sana.

Seawal 7 pagi kami berhimpun di hadapan pejabat YB Lim Boon Chye. Simon Ooi (Berbaju biru) memberi taklimat kepada rakan-rakan seperjuangan.

Kak Ana dari Jelapang tumpang kereta kami. Jam 10.45 kami sampai di Rawang. Kemudian naik KTM Komuter dari Rawang ke Bank Negara. KTM Komuter penuh sesak. Jam 11.40 kami tiba di Sogo.

Jam 1.30 kami berhimpun di hadapan Sogo. Sogo ditutup jam 2 petang. Gerakan Mansuhkan ISA bermula jam 2 petang. YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang antara pimpinan awal yang bertemu dengan 5,000 Mahasiswa dan Mahasiswi di hadapan Sogo. Syabas kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi yang berani bersuara dan menentang Akta ISA yang Zalim. Lawan tetap lawan.

Biarpun ada suara sumbang yang mengatakan tindakan bodoh dan sia-sia namun ketahuilah kisah sejarah semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Begitulah juga rakyat Malaysia Melayu, Cina dan India bersatu bangkit untuk menentang akta zalim ISA. Tahanan tanpa bicara.

Saksikan siri pertama video rakaman saya untuk tatapan bersama.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/