Hanya dua wakil rakyat B-End meningggal dunia iaitu di Batang Ai, Sarawak dan Kuala Terengganu
Sebanyak 7 pilihanraya kecil telah berlaku selepas PRU 12. Bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai dan terbaru akan diadakan di Permatang Pasir.
Namun untuk 3 kerusi PKR di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti, bukanlah Wakil Rakyat PKR meninggal dunia tetapi meninggalkan kerusi.
Manakala 2 lagi kerusi wakil rakyat PKR dan seorang wakil rakyat DAP di Perak berpaling tadah umpama haram jadah bila isytihar mereka wakil rakyat bebas. Negeri Perak jatuh semula ke B-End dengan rampasan kuasa secara haram dan mempunyai seorang menteri besar haram.
Pilihanraya kecil menyaksikan majoriti rakyat masih memilih parti yang menang ketika Pilihanraya Umum ke 12 walaupun undi majoritinya ada yang meningkat dan ada yang menurun. Hanya di Kuala Terengganu sahaja B-End tidak mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU 12. Sebaliknya semua kerusi Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.
Kancah politik Malaysia bergolak bagaikan Tsunami yang tidak pernah putus-putus. Taufan politik sentiasa bergelora. Ribut politik sentiasa membara.
Pernahkah kita terfikir apakah hikmah di sebalik kejadian dan peristiwa politik yang melanda Malaysia ini. Sebagai seorang Islam, kita percaya bahawa kita hanya mampu merancang tetapi Allah menentukan segalanya. Satu persatu peristiwa dan sejarah berlaku di Malaysia bagaikan ada petunjuk sebenarnya.
Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud “Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lalu para malaikat bertanya, ‘Apakah Engkau hendak menjadi di muka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau?’ Allah menjelaskan; ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.
Allah berfirman juga dalam surah at-Tin, ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”
Sebaik-baik kejadian manusia termasuk dijadikan akal dan pancaindera yang boleh membina tamadun bumi ini. Makhluk lain tidak diberikan kelebihan akal ini.
Yakinlah bahwa dalam setiap peristiwa yang Allah ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahsia yang menjadikan mudah bagi orang-orang yang beriman untuk lebih bertawakal kepada Allah.
Allah juga menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang nampak tidak menyenangkan sebenarnya terdapat kebaikan di dalamnya.
“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(Q.s. an-Nisa’: 19).
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Q.s. al-Baqarah: 216).
Berdasarkan Ayat-Ayat di atas tadi, terbukti bahawa kita tidak mampu mengetahui apa yang Allah tahu sebenarnya. Namun begitu Allah memberikan petunjuk.
Apa yang pasti dalam perjuangan, Ilmu mestilah mengatasi semangat. Jika semangat mengatasi ilmu pasti ia tidak akan kekal lama dan akan tersasar dari landasan yang sebenar. Anak-anak muda bersemangat untuk berjuang tetapi mestilah berpaksikan kepada ilmu. Tanpa ilmu, semangat perjuangan akan menjadi pudar dan mungkin kita akan kecewa.
Apa yang lebih penting adalah niat kita. Dalam perjuangan niat kita mestilah betul. Jika niat kita tidak betul maka akan rosak dan sia-sialah perjuangan kita. Sebagai orang Islam, tidak ada niat yang lebih afdal melainkan jika kita berjuang kerana Allah.
Mungkinkah Allah takdirkan kematian 2 Wakil Rakyat PAS ini untuk memberi petunjuk dan ingatan agar kita lebih bermuhasabah?
Apakah mungkin juga ini petanda bahawa kemenangan kita sudah semakin hampir?
Atau munkinkah juga ini sebagai ingatan bahawa Pakatan Rakyat mesti berubah dari sifat keegoan dan wajib bersatu padu dalam ertikata yang sebenarnya dan bukan lagi retorik?
Atau mungkinkah juga Hukum Hudud sudah sampai masanya untuk dilaksanakan?
Namun apa juga andaian manusia, akal kita adakalanya tidak mampu berfikir dan menterjemah rahsia segala hikmah di sebalik kejadian atau peristiwa yang Allah jadikan.
Apa yang pasti iktibar dan pengajaran tentang apa yang berlaku di Manek Urai wajib diambil kira. Soal umno dan B-end menyerang kita habis-habisan dengan media dan wang ringgit adalah perkara biasa. Tetapi soal perpecahan dalaman yang ketara samada dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat wajib dipandang serius. UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH. Wallahua'lam.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/