SharpShooter Followers

Sunday, August 02, 2009

63 masih direman sertai GMI

DITAHAN... Dua tahanan bawah umur dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi tadi. Mereka antara hampir 600 orang yang ditahan polis semalam kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan tidak sah.


ORANG ramai yang menyertai perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bertempiaran menyelamatkan diri apabila anggota Pasukan Simpanan Persekutuan melepaskan gas pemedih mata berhampiran Masjid Negara semalam. Kira-kira 10,000 orang menyertai perarakan itu di beberapa lokasi di ibu negara hari ini termasuk Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Jamek.



PETALING JAYA Proses menahan reman sebahagian kecil mereka yang ditangkap dalam perhimpunan tidak sah di ibu negara semalam, menggesa ISA dimansuhkan, masih berjalan.

Ahmad Zamri Khuzaimi yang bertindak sebagai peguam penyelaras kepada mereka yang ditahan berkata, proses tersebut "baru bermula" dan mungkin memanggil masa. "Mungkin lewat petang baru kita akan dapat maklumat sebenar," Katanya, beberapa tahanan bawah umur bagaimanapun telah dibebaskan.
Seramai 13 orang telah pun dikenakan tahanan reman sehingga awal pagi tadi.

BERITA TERDAHULU

ISA: 526 dibebaskan; 63 lagi masih ditahan

PETALING JAYA: Seramai 526 daripada 589 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

Sivarasa, Naib Presiden PKR, ditahan di kawasan berhampiran Kompleks Sogo petang semalam.

Mereka yang ditahan termasuk juga dari kumpulan yang pro-ISA.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohd. Sabtu Osman berkata, setakat pagi tadi 63 orang masih ditahan dan disoal siasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Akta Pertubuhan kerana menghadiri perhimpunan tidak sah.

Katanya, satu-satunya ahli politik yang ditahan ialah Sivarasa.

Difahamkan 30 penyokong akan didakwa esok kerana menyertai perhimpunan semalam.

NOTIS

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi mStar Online berkata, seramai 52 penyokong perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan direman selama empat hari.

"Maklumat yang saya terima daripada peguam kami menunjukkan 52 orang sudah direman empat hari.

"Dan, nasib seramai 40 orang lagi akan ditentukan hari ini sama ada dibebaskan ataupun dikenakan reman juga," kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS.

Ketika ditanya sama ada polis sudah menghubungi mereka, Kamaruzaman berkata, "kami belum menerima apa-apa notis lagi."

"Biasanya, berdasarkan pengalaman kami ketika mengadakan protes memansuhkan PPSMI dulu, polis mengeluarkan notis memanggil kami hadir untuk memberikan keterangan.

"Setakat ini (pagi ini) belum lagi, tapi kami difahamkan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, 11 orang akan dipanggil," katanya lagi.

13 DIREMAN

Ahmad Zamri Khuzaimi yang bertindak sebagai peguam penyelaras kepada mereka yang ditahan berkata, setakat pagi tadi 13 orang penyokong GMI sudah dikenakan reman.

"Berdasarkan maklumat kami, daripada 63 yang dikatakan masih ditahan, 13 dikenakan reman.

"Dalam tempoh dua jam lagi, kami akan dapat mengetahui berapa ramai yang akan ditahan reman dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi 12.30 tengah hari tadi.

Peguam kepada PAS Wilayah Persekutuan itu berkata, sebahagian daripada 13 itu sudah dikenakan tahanan reman petang semalam di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau mengesahkan Sivarasa bukan merupakan antara mereka yang ditahan reman.

Katanya, peguam-peguam mereka akan membantah jika dikenakan tahanan reman ke atas baki 50 tahanan kerana sebahagian besar daripada mereka ditahan polis sebelum perhimpunan bermula.

"Perhimpunan bermula pukul 2 petang... jadi alasan mereka sertai perhimpunan tidak kena. Jadi, kami pun tidak pasti alasan yang akan digunakan oleh polis untuk menahan reman mereka," katanya.

Mereka ditahan di Balai Polis Bukit Jalil.

Dalam pada itu, laporan Star Online yang memetik wakil Majlis Bantuan Guaman, Latheefa Koya yang juga Ketua Penerangan PKR, yang keluar dari Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur kira-kira 1.45 tengah hari menyebut, proses reman ke atas 63 masih dijalankan.

Kira-kira 20 peguam menghadapi kesukaran untuk akses kepada anak guaman mereka yang ditahan di lokap.

Kata Latheefa, matlamat mereka ialah membebaskan mereka secepat yang mungkin.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/