PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau telah menerima notis daripada peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Ketua Pembangkang itu mahu menyaman beliau bagi memfitnah tetapi sama sekali tidak akan memohon maaf.
"Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.
"Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," kata Muhyiddin dipetik Bernama.
Berikutan perhimpunan bantah ISA di ibu negara Sabtu lalu, Muhyiddin telah melabelkan Anwar sebagai pengkhianat.
Berikutan itu, Anwar mahu Muhyiddin memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan menyaman Timbalan Perdana Menteri bagi memfitnah.
Semasa diminta mengulas ruangan lidah pengarang Utusan Malaysia hari ini yang menggesa orang Melayu supaya tidak menjadi penakut, beliau berkata akhbar itu berhak untuk membuat ulasannya sendiri.
"Mungkin, mereka (Utusan Malaysia) berpendapat banyak pihak sedang mencabar hak orang Melayu dan rajaraja Melayu. Namun apa pun, kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini di negara ini.
"Saya berharap kenyataan-kenyataan yang dibuat tidak bersifat perkauman. Kita telah merdeka lebih 50 tahun dan hidup secara aman.
"Kita saling menghormati di antara satu sama lain. Mencabar antara satu sama lain tidak baik untuk negara. Saya tidak menyebelahi manamana pihak tetapi sekadar memberi ingatan kepada semua orang.
"Banyak kenyataan yang dibuat bermotifkan politik. Kita perlu melindungi keamanan dan kestabilan negara... ini yang penting," kata Muhyiddin dipetik Bernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A (H1N1) di sini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno memberitahu, perhimpunan anjuran pembangkang bagi membantah ISA itu bertujuan untuk memprovokasi polis supaya menggunakan ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.
"Polis sedang mengendalikan perkara itu. Mereka boleh ambil apa juga tindakan yang mereka rasa sesuai (terhadap penganjur perhimpunan itu) tetapi sesetengah orang mahu memprovokasi polis untuk memastikan mereka ditahan di bawah ISA.
Apahal yang dok merepek ni Muhyidin taukeh pasir Johor. Siapa yang bercakap soal perkauman. ISA digunakan kononnya untuk menjaga keselamatan negara. Isu perkauman boleh gugat keselamatan negara dan boleh ditahan ISA.
Sepatutnya pemimpin umno,mca dan mic yang kena sumbat dalam ISA.
Masih ingatkah kita Najib pernah berkata "kita akan basahkan keris ini dengan darah cina.." Lepas tu pula Hishamudin angkat keris...bercakap soal perkauman terlampau...Nak kata Hang Tuah pun tak, Hang Jebat lagi jauh, Hang Lembut tu nampak ada sesuailah..
Dulu Mahathir dengan isu raja.. jangan tanya apa yang Mahathir kata pada raja..tanya apa lagi yang Mahathir tak kata pada Raja. Satu Malaya pusing hentam raja...
Di manakah keadilan. Pemimpin umno kata apa pun tak pa.. semua baik.. semua baguih..semua elok..
Saman Anwar jangan tak saman...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang
Pahang Promosi Industri Halal
-
*KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka
peluang...
5 hours ago