SharpShooter Followers

Tuesday, August 04, 2009

Peserta GMI di upah - Rais Yatim

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.


Kah..kah..kah... Gelak besar bila baca kenyataan Rais Yatim. Inilah masalahnya manusia selalu menilai melalui neraca dirinya.

Kalau dia penyamun..dia akan ingat orang lain pun penyamun macam dia..

Kalau dia pembohong..dia akan ingat orang lain pun pembohong macam dia..

Kalau dia rasuah..dia akan ingat orang lain pun rasuah macam dia..

Kalau dia gila kuasa..dia akan ingat orang lain pun gila kuasa macam dia..

Kalau dia selalu upah rakyat untuk hadir program..dia akan ingat orang lain pun selalu upah rakyat untuk hadir program dia...

Inilah punca masalah...menilai orang lain dari neraca dirinya tanpa sebarang bukti..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/