PADA saya, dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Pulau Pinang yang akan diadakan, saya cadangkan PAS perlu pilih Dr Mujahid Haji Yusuf Rawa.. bagi menggantikan wakil rakyat yang meninggal semalam." kata seorang pensyarah UIA kepada saya malam tadi.
"Eh! Fasai apa hang kata lagu tu?" Saya jawab. "Sedangkan ada tokoh-tokoh lain seperti Saudara Mat Sabu dan Ustaz Saleh Man, Pesuruhjaya PAS negeri itu yang juga layak!"
"Saya cadang Saudara Mujahid kerana..
1..Dia anak bekas Presiden PAS yang sudah terkenal di Pulau Pinang yang boleh diterima oleh semua kaum, pimpinan dan ahli PAS.
2..Dia memiliki peribadi yang bersifat gabungan dari ulama dan profesional. Ahli agama dan akademik, yang terbukti melalui latar belakang pengajiannya, ceramah & kuliah pengajian di masjid-masjid di Pulau Pinang, ucapan dan pintar berhujah di parlimen.
3..Dia adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum yang boleh diberi peluang untuk mempraktikkan idea dan aktiviti lajnahnya di negeri yang ramai kaum bukan Islam. Sekurang-kurangnya kalau dapat masuk ke Dewan, PAS boleh berunding dengan parti pakatan negeri itu untuk melantiknya sebagai Exco Negeri atau Timbalan Ketua Menteri III yang mewakili PAS dalam melaksanakan aktiviti Islam di negeri tersebut.
4..Memandangkan dia berpengarauh di kalangan rakyat Islam Pulau Pinang, dan rakyat bukan Islam kerana gaya isi dan penyampaiannya amat bersesuaian dengan masyarakat pelbagai kaum di sana. Hal ini dapat membantu kerajaan negeri melaksanakan tugas-tugas dengan lancar."
"Ya.. Itu suatu cadangan yang baik." Sambut seorang lagi kawan saya, seorang pimpinan PAS Pulau Pinang.
Ya. Ya. Ya.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL.Ogos 2, 2009."
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/