SharpShooter Followers

Sunday, August 02, 2009

Selepas demo GMI, esok demo Kg Buah Pala di P.Pinang pula.

Belum pun reda isu demo GMI kelmarin di Kuala Lumpur yang menyaksikan 100 ribu rakyat bangun menentang akta zalim ISA.

Tahanan masih belum dibebaskan. Pedih, sakit dan luka pun masih terasa.

Tiba-tiba lebih 1,000 orang dari pelbagai NGO dari seluruh negara dijangka berkumpul di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor esok bagi bersama-sama mempertahankan kampung berkenaan daripada dirobohkan pemaju.

Pengerusi pertubuhan kampung berkenaan M.Sugumaran berkata separuh daripada jumlah itu sudah berada di negeri ini sejak semalam bagi memberi sokongan kepada
penduduk kampung itu.

"Mereka termasuk NGO dan Hindraf hubungi saya melalui telefon dan surat beritahu yang mereka akan bersama-sama penduduk kampung untuk mempertahankan kampung kami.

"Separuh daripadanya telah berada di Pulau Pinang dan bersedia pada bila-bila masa untuk memberi sebarang bantuan kepada kami di sini," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, lapor Bernama.

Mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum esok bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

Sugumaran berkata kesemua 23 keluarga di kampung berkenaan juga telah bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk mempertahankan rumah yang didiami selama puluhan tahun.

Katanya, semalam semasa pertemuan penduduk kampung dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mencapai kata sepakat yang penduduk akan terus tinggal di kawasan itu sehingga perbincangan dengan pemaju selesai.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Lim berjanji untuk berbincang dengan pemaju bagi mencari jalan penyelesaian antaranya dengan membenarkan penduduk berkongsi kawasan berkenaan dengan pemaju.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menasihatkan orang ramai dan penduduk kampung berkenaan agar tidak menimbulkan kekacauan di kawasan itu.

"Polis sentiasa memantau kawasan itu dan kita minta tiada pihak yang cuba menimbulkan kekacauan atau menggugat ketenteraman awam demi kepentingan semua pihak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya pihak polis juga sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan esok. Lawan tetap lawan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/