SharpShooter Followers

Sunday, August 02, 2009

Perlukah TG Nik Aziz sambut Najib ketika hari yang sama rakyat dipukul di tangkap dilokap...

Saya faham sangat Tuan Guru Nik Aziz memang mulia akhlak pekertinya. Dari segi amalan mahupun ilmu memang Tuan Guru Nik Aziz seorang ulama' yang amat disegani.

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W ternyata menjadi contoh tauladan yang baik di mana Nabi tidak pernah berdendam terhadap musuhnya dan sanggup ziarah musuhnya bila sakit. Inilah contoh yang cuba dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Namun apabila kita lihat apa yang polis umno buat terhadap rakyat yang mahu berhimpun secara aman kelmarin, ternyata polis umno ini tidak ada peri kemanusiaan. Polis hanya ikut arahan pemimpin umno saja.


Ramai rakyat yang bertanya, "Perlukah Tuan Guru Nik Aziz menyambut Najib kelmarin sedangkan Najib ke Kelantan bukan urusan program rasmi kerajaan Kelantan? Sedangkan hari yang sama rakyat dilayan seperti binatang, polis bertindak tanpa peri kemanusiaan? Berita lanjut di sini.












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/