Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia merupakan tokoh anak muda yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air tercinta. Kelantangan dan ketegasan beliau menyuarakan sesuatu isu wajar diberi pujian.
Anwar Ibrahim mengakui ketokohan dan ketrampilan anak muda bernama Shamsul Iskandar ini dan beliau akhirnya telah dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi MPN Melaka termuda untuk memimpin Keadilan Melaka.
Ternyata pilihan Anwar Ibrahim melantik Shamsul Iskandar sebagai Pengerusi MPN Melaka adalah tepat kerana kehadiran Shamsul Iskandar telah berjaya menyatu padukan Pakatan Rakyat di Melaka. PAS serta DAP di Melaka amat menghormatinya di Melaka.
Sebab itulah Sharpshooter pada bulan lepas pernah terbitkan artikal Shamsul Iskandar bakal Ketua Menteri Melaka termuda di sini.
Namun menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 ini, kerusi Ketua AMK Pusat telah menjadi salah satu kerusi yang panas selain kerusi Timbalan Presiden. Saudara Rafizi dan team elitnya telah awal membuat sidang media mengumumkan hasrat Rafizi untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua AMK Malaysia.
Manakala Chegu Bard dan Hasmi hingga kini masih belum membuat pengumuman secara rasmi tentang hasrat mereka untuk menjadi calon Ketua AMK Malaysia. Begitu juga dengan Shamsul Iskandar yang belum membuat kenyataan rasmi untuk mempertahankan jawatannya.
Hari ini desas desus bertiup kencang mengatakan Shamsul Iskandar akan bertanding sebagai calon termuda Naib Presiden. Adakah perkara ini benar?
Sebelum sharpshooter mengesahkan perkara itu, mari kita imbau sejenak penglibatan Shamsul Iskandar dari kaca mata sharpshooter.
Sharpshooter pertama kali mengenali Shamsul Iskandar ketika mengikuti Pemuda Keadilan mengadakan roadshow "Sumpah Keramat Dua" di Kelantan dan Terengganu. Ketika itu Ezam masih ditahan di bawah ISA. Pemuda Keadilan ketika itu berpakaian serba hitam tanda protes penahanan Ezam yang membongkarkan kes Rafidah Aziz dan Rahim Tamby Chik.
Sumpah Keramat Dua ketika itu menampilkan Mustaffa Kamil Ayub, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Hanafiah Man, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Johari Kassim dan Shamsul Iskandar. Ketika itu Shamsul Iskandar diperkenalkan sebagai Ketua Pelajar Universiti Islam Antarabangsa. Itulah kali pertama sharpshooter mendengar Shamsul Iskandar berucap dan mengenalinya di Kelantan.
Kemudian bila tiba pemilihan kali pertama Parti Keadilan Nasional di Kemaman Terengganu, Saifudin Nasution buat kali pertama bertanding sebagai calon Timbalan Ketua Pemuda Keadilan menentang Mustaffa Kamil Ayub. Ketika itu team Saifudin yang bertanding Naib Ketua Pemuda adalah Zahid Mat Arip, Loh Chee Chong dan Johari Kassim. Team ini dikira team 'restu' Ezam yang dalam tahanan ISA.
Manakala Shamsul Iskandar juga bertanding sebagai calon Naib Ketua Pemuda. Keputusan menyaksikan Saifudin Nasution menang dan Zahid Mat Arip dan Loh Chee Chong menang tetapi Johari Kassim ditewaskan oleh Shamsul Iskandar dengan kemenangan tipis 5 undi.
Masih segar dalam ingatan sharpshooter ketika mesyuarat Pemuda Keadilan P.Pinang, Johari Kassim ketika itu sebagai Ketua Pemuda Keadilan P.Pinang dengan nada sinis dan kecewa mengatakan ada di kalangan Exco Pemuda Keadilan P.Pinang telah berpaling tadah berkempen dan mengundi Shamsul Iskandar. Sharpshooter tahu sangat ucapan sinis itu ditujukan kepada Zulkifli Ibrahim yang kini adalah kempen manager Chegu Bard.
Ya memang benar Zulkifli Ibrahim berkempen untuk Shamsul Iskandar ketika itu hingga menyebabkan Johari Kassim tewas kepada Shamsul Iskandar kerana beliau merasakan Shamsul Iskandar lebih layak dan berketrampilan untuk ditonjolkan dalam Pemuda Keadilan
Kemudian pada tahun 2007, berlaku pemilihan pertama dalam Parti Keadilan Rakyat setelah ditukar nama apabila bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia. Sekali lagi menyaksikan AMK Bahagian Nibong Tebal yang merupakan Bahagian Zulkifli Ibrahim telah mencalonkan nama Shamsul Iskandar sebagai calon Ketua AMK Malaysia setelah mendapat signal jelas dari Chegu Bard yang belajar di Korea.
Begitulah setia sahabatnya Zulkifli Ibrahim kepada Shamsul Iskandar. Sharphooter terlalu akrab dengan Zulkifli Ibrahim dan kami berdua menang sebagai Exco AMK Malaysia di Seremban tahun 2007 dan Shamsul Iskandar juga telah menang setelah menewaskan Hasmi "team pencerahan".
Zulkifli Ibrahim jika telah melafazkan taat setia, beliau akan kotakan taat setia persahabatannya. Itulah sikap Zulkifli Ibrahim yang wajar dicontohi dari segi taat setia pada persahabatan.
Sharpshooter dan sahabat-sahabat seperjuangan dari P.Pinang memang amat kecewa dengan keputusan Chegu Bard menarik diri dari bertanding sebagai calon Ketua AMK Malaysia pada tahun 2007 di Seremban. Masih segar dalam ingatan ketika perbualan telefon dari Korea bersama Chegu Bard....Sharpshooter kata kepada Chegu Bard.."Ku fikirkan ayam sabung...rupa-rupanya ayam piru.."..he..he..
Pada 27 Ogos 2010, sharpshooter telah mengadakan majlis bacaan yasin dan berbuka puasa di rumah. Chegu Bard turut hadir dan berbincang dari hati ke hati dengan sahabat seperjuangan di Pulau Pinang.
Perbincangan ini amat serius bila berbicara soal masa depan AMK Malaysia. Visi dan Misi dan pasca AMK selepas pemilihan. Apakah tindakan dan hala tuju kita bincangkan secara serius.
Kemudian Zulkifli Ibrahim telah mengatur pertemuan eksklusif antara Chegu Bard dan Shamsul Iskandar di Hotel Spring Inn di Sungai Petani pada 28 Ogos 2010 sekitar jam 2.35 petang.
Perbincangan dari hati ke hati selama 3 jam di Hotel tersebut menyaksikan akhirnya Shamsul Iskandar dan Chegu Bard bermaaf-maafan dalam pelukan persahabatan sejati dan sharpshooter mengatakan inilah "hebatnya" insan bernama Azmin Ali yang telah "berjaya" menyatukan Shamsul Iskandar dan Chegu Bard setelah Azmin Ali menyatakan sokongan terbuka kepada Rafizi.
Inilah dalam dunia politik, segalanya mungkin. Yang penting jangan kerana pemilihan kita berpecah dan ingatlah musuh kita sebenar adalah untuk menumbangkan umco dan b-end pada PRU 13.
Selepas itu, Chegu Bard bersama Shamsul Iskandar telah turun bersama AMK Kedah untuk program pengagihan bubur lambuk dan pemberian bendera Malaysia secara percuma kepada rakyat di Sungai Petani.
Bertempat di Dataran Zero menjadi saksi Chegu Bard dan Shamsul Iskandar bagai aur dengan tebing, bak irama dan lagu tak dapat dipisahkan..jika dipisahkan pincanglah lagu dan rosaklah seni...
Inilah lafaz persahabatan Chegu Bard dan Shamsul Iskandar yang kemudian kami berbuka puasa bersama di rumah Cikgu Azman di Taman Kristal, Sungai Petani.
Saiful Idham Ramli menjadi saksi bagaimana mesra dan akrabnya persahabatan mereka berdua yang sempat memberi sedikit tazkirah sebelum berbuka hingga hampir menitis airmata Saiful Idham Ramli Ketua AMK Kedah yang juga calon Ketua Cabang Merbok.
Kemudian pada 12 September 2010 hari raya ketiga, sharphooter mengadakan rumah terbuka menjemput sahabat-sahabat seperjuangan dalam amk pada sebelah petang. Menu "Mee Kuah Tulang". AMK Kedah turut hadir.
Dengan tidak disangka, ketika berbual dan berbincang tentang pemilihan bersama sahabat seperjuangan, tiba-tiba Shamsul Iskandar telah menghubungi sharpshooter pada tepat jam 6:24 petang dan menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden.
Pengakuan ini didengari oleh semua Amk Penang dan Kedah kerana sharpshooter berinteraksi dengan Shamsul Iskandar secara "Loud Speaker ". Sharpshooter juga telah berjanji dengan Shamsul Iskandar bahawa kami akan "all out" dan kelmarin janji tersebut telah terlaksana bila sharpshooter bersama Zulkifli Ibrahim telah turun ke cabang-cabang di seluruh P.Pinang dari tengahari hingga larut malam jam 2.30 pagi untuk memastikan pencalonan dan kemenangan Shamsul Iskandar sebagai calon anak muda Naib Presiden.
Sharpshooter rasa amat terkilan bila dalam FB ada pihak yang menuduh penyokong Chegu Bard sebenarnya cuba membunuh politik Shamsul Iskandar. Ini bukan parti UMNO yang membunuh kawan dan Zulkifli Ibrahim menjadi sasaran tuduhan tersebut.
Sharpshooter telah jelaskan dan terangkan di atas, Zulkifli Ibrahim bukan jenis yang khianati sahabat dan kami semua penyokong Chegu Bard akan "all out" untuk pastikan Chegu Bard dan Shamsul Iskandar menang. InsyaAllah.
Keputusan Shamsul Iskandar untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden adalah tepat. Ada juga yang mengatakan beliau mungkin kalah.
Pada sharpshooter, jika Shamsul Iskandar kalah mempertahankan Ketua AMK Malaysia adalah lebih parah jika nak dibandingkan kalah sebagai calon Naib Presiden. Jika Shamsul Iskandar kalah mempertahankan jawatan Ketua AMK Malaysia, beliau hilang segalanya tetapi sharpshooter amat yakin Shamsul Iskandar akan menang sebagai Calon Naib Presiden termuda bila YB Zuraidah Ketua Wanita Keadilan Malaysia juga telah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Shamsul Iskandar.
AMK dan Wanita akan bergabung bagi memastikan Shamsul Iskandar dan YB Fauziah Salleh menang sebagai calon Naib Presiden...InsyaAllah....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
20 hours ago