YB Dato' Abdul Halim Hussein, Speaker Undangan Negeri P.Pinang menang dalam pemilihan di Cabang Balik Pulau sebentar tadi dengan menewaskan pencabarnya Sdr Shukri.
Sdr Shukri adalah bekas Ketua PRM P.Pinang dan selepas Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sdr Shukri dilantik menjadi Timbalan Ketua AMK P.Pinang semasa sharpshooter menjadi Ketua AMK P.Pinang.
Jawatan Ketua Cabang Balik Pulau sebelum ini disandang oleh YB Dato' Mansor Othman TKM 1 P.Pinang. Tetapi setelah TKM 1 P.Pinang membuat keputusan menukar cabang ke Permatang Pauh, maka jawatan tersebut kosong.
Manakala Puan Sharifah Noorriati Syed Amirudin (Ketua Wanita Prihatin P.Pinang) menang dengan menewaskan pencabarnya Saudah Ibrahim.
Berikut adalah keputusan penuh Cabang Balik Pulau :-
Jawatan Ketua Cabang
1) YB Dato' Abdul Halim Hussein 223 undi
2) Mohd Sukri Ishak 85 undi
Majoriti 138
Jawatan Timbalan Ketua Cabang
1) Abdul Rahman Ismail 44 undi
2) Haris Mat Jam 74 undi
3) Mohd Taufik Sulong 181 undi
Jawatan Naib Ketua Cabang
1) Leong Kein Cheong 203 undi
2) Cik Saudah Bt Ibrahim 30 undi
3) Zambri Omar 73 undi
Jawatan Ketua Wanita Cabang
1) Puan Sharifah Noorriati Syed Amirudin 46 undi
2) Cik Saudah Ibrahim 26 undi
Manakala Ketua AMK Cabang Balik Pulau, Mohd Faizal Abd Rahman, menang tanpa bertanding.
Pencalonan Ketua AMK Pusat adalah Chegu Bard. Timbalan YB Chang Lih Kang, Naib YB Yunus, YB Sim Tze Tzin dan Dr Jurin Gun Sallam.
Manakala pencalonan untuk Keadilan Pusat adalah :-
Presiden - Dato' Seri Dr Wan Azizah
Timbalan Presiden - YB Azmin Ali
Naib Presiden - YB Fuziah Salleh, YB Mansor Othman, YB Yusmadi dan YB Sivarasah.
Laporan penuh Cabang Nibong Tebal dan Bayan Baru serta Jelutong bakal menyusul.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
20 hours ago