KENYATAAN MEDIA AMK PULAU PINANG (AMKPP)
Sebagaimana diketahui umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan menghadapi proses pemilihan di setiap peringkat dengan konsep 1 ahli 1 undi. KEADILAN lah parti pertama yang berani melebarkan demokrasi pada tahap ini.
Pemilihan kali ini amat penting kerana ia selepas kejayaan yang dicapai dalam PRU ke 12 dan bagi mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU ke 13.
Malangnya persoalan jentera yang efisyen menjadi pemisah kepada kejayaan memasuki putrajaya selain penipuan regim. Selepas PRU parti berkembang penambahan keahlian mendadak namun pembinaan jentera amk tidak seiring dengan perkembangan ini. Jesteru itu inilah cabaran bagi pimpinan yang bakal dipilih.
Pemimpin amk yang dipilih seharusnya memberikan tumpuan menjawab persoalan pembinaan jentera akar umbi AMK bagi seiring dengan imej parti dan Anwar yang melonjak di dalam dan diluar negara.
Lebih penting dari itu pimpinan yang bakal dipilih seharusnya berani untuk terus kekal dengan agenda Reformasi yang menjadi asas parti. Deklarasi Permatang Pauh seharusnya diangkat untuk terus relevan menjadi panduan arah tuju pembaharuan negara.
Tidak ada regim yang akur dengan mudah terhadap proses demokrasi tanda desakan rakyat. Menyedari fakta tersebut dan menyedari beberapa risiko yang bakal dihadapi parti dan Ketua Umum maka AMK seharusnya dipimpin oleh pemimpin akar umbi yang membina jaringan anak muda yang berani menyatakan prinsip pembelaan rakyat dengan tegas. Tema anak muda pemangkin reformasi harus disegarkan kembali
Hari ini Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan pilihan calon terbaik bagi Ketua AMK Malaysia ialah Saudara Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard manakala Saudara Samsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon terbaik Naib Presiden bagi mewakili suara anak muda yang akan mewarisi pentadbiran parti & negara.
Keputusan ini dibuat setelah meneliti pandangan akar umbi AMK Pulau Pinang bahawasanya keperluan mengangkat hala tuju perjuangan dalam idealisme perjuangan Anak Muda di Malaysia.
Justeru,AMKPP secara terbuka memberi mandat kepada seluruh ahli AMK Pulau Pinang memilih calon terbaik mengetuai AMK Malaysia & menyeru seluruh ahli parti di semua peringkat mengangkat Saudara Samsul Iskandar sebagai salah seorang calon terbaik Naib Presiden.Kenyataan ini juga telah mendapat mandat oleh ketua-ketua AMK cabang di Pulau Pinang termasuk beberapa calon ketua AMK Cabang.
Oleh yang demikian,tanda tanya beberapa rakan AMK di beberapa buah negeri mengenai sokongan AMK Pulau Pinang terhadap calon ketua AMK Malaysia hari ini terjawab sudah
Kenyataan ini ditandatangi oleh semua 13 Ketua AMK Cabang di P.Pinang dan 2 Exco AMK Malaysia
Amir Haji Ghazali Syed
Ketua AMKPP
Merangkap Merangkap
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Mikael Rizal Aidid
Setiausaha AMKPP
Ahmad Azrizal Tahir
Naib Ketua 1 AMKPP
Merangkap Merangkap
Ketua AMK Cabang Bayan Baru
YB Ong Chin Wen
Naib Ketua 2 AMKPP
Merangkap Cabang
Ketua AMK Cabang Batu Kawan
Dr Azhar Dato Ahamad Saleh
Ketua AMK Cabang Nibong Tebal
Salehin Mohamad
Ketua AMK Cabang Tasek Gelugor
Shafiz Rahim Raja
Ketua AMK Cabang Tanjong
Mohd Faizal Ab Rahman
Ketua AMK Cabang Balik Pulau
Azhar Mohd Saad
Ketua AMK Cabang Kepala Batas
Soon Sze Wei
Ketua AMK Cabang Bkt.Bendera
Nakshahbandi Sahar
Ketua AMK Cabang Bagan
Mohamad Hussien
Ketua AMK Cabang Bkt.Mertajam
Wan Husaini Ab Rahman
Calon Ketua AMK
Cabang Jelutong
Zulkifli Haji Ibrahim
Exco AMK Malaysia
Amizudin Ahmat
Exco AMK Malaysia
Sebenarnya ada dua perkara sidang media di Batu Kawan. Satu lagi adalah tentang Program AMKPP Lubratalyst Drift Challenge yang akan berlangsung pada 19 September 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Setakat ini sudah melebihi sasaran. Sebanyak 56 peserta telah mendaftar dan pihak penganjur memberi keizinan biarpun sasaran peserta hanyalah untuk 50 orang sahaja.
Penyertaan ini datangnya dari seluruh negara dan negeri Selangor adalah negeri yang paling ramai peserta.
TKM 1 Mansor Othman diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Selesai sahaja sidang media di Stadium Batu Kawan, sharpshooter dan sahabat-sahabat seperjuangan terus bergegas ke Bangi kerana ada perjumpaan antara Chegu Bard dan Shamsul Iskandar bersama penyokong masing-masing.
Kematangan anak muda berpolitik secara sihat wajar dicontohi. Kita semua satu keluarga besar. Bertanding dan berkempenlah secara sihat.
Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar semoga Chegu Bard dan Shamsul Iskandar dan semua calon anak muda yang lain akan menang...InsyaAllah.
Shamsul Iskandar akan mengadakan sidang media hari ini di Kelab Sultan Sulaiman jam 3 petang.
berita lanjut akan menyusul...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/