SharpShooter Followers

Monday, September 27, 2010

Ada cubaan nak beli kerusi Naib Ketua Permatang Pauh

Dari blog anak sungai derhaka.

Pemilihan PKR Permatang Pauh telah berlalu DS Wan Azizah kekal sebagai Ketua Cabang manakala Timbalan Ketua Cabang telah dimenangi oleh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman walaupun mendapat sikit tentangan.. biasalah Datuk.. inikan demokrasi.. lagipun sesuatu yang mudah untuk diperolehi itu jarang dihargai..


Dan Naib Ketua Cabang pula telah dimenangi oleh Cikgu Alias Bin Said yang mendapat 127 undi mengalahkan penyandang jawatan iaitu Zainal Abidin Bin Saad Pembantu Khas DS Anwar Ibrahim yang hanya mendapat 72 undi.

Akan ada dua lantikan bagi Naib Ketua Cabang, lantikan akan dibuat oleh Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang dan seharusnya nama yang akan dicalonkan itu dipersetujui oleh majotiti Ahli Jawatan Kuasa.

Percayakah anda jika dikatakan ada pihak yang sanggup menawarkan sehingga RM8,000.00 untuk mendapatkan jawatan Naib Ketua Cabang (lantikan ) itu?

Agak sukarkan??


Meskipun jawatan tersebut nampak seperti tidak mempunyai sebarang kuasa sebenarnya ianya mempunyai kelebihan, kelebihannya ialah sesiapa yang dilantik sebagai Naib Ketua Cabang ini akan terlibat dalam Biro Politik, iaitu Biro yang akan menentukan nama-nama yang boleh dicalonkan sebagai ADUN.

Maka tidak hairanlah jika ada pihak yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk melobi jawatan tersebut..

Pada hujung minggu yang lepas dua telah menemui Pak Tam untuk menyatakan kepada beliau bahawa sekeping cek yang tidak dijelaskan jumlahnya telah disediakan untuk mantan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu, kata mereka ini adalah saguhati kerana beliau telah menarik diri dari bertanding tempoh hari.

Namun tidak dinyatakan pula siapa yang telah menyediakan cek tersebut.. bagaimanapun siapa sebenarnya yang menyediakan cek tersebut akan jelas diakhir artikel ini..

Dan beberapa hari kemudia lelaki-lelaki tersebut kembali ke hospital menemui Pak Tam bagi menyerahkan wang tunai berjumlah RM8000.00 yang kononnya datang dari cek yang telah ditunaikan itu.Wang tunai tersebut telah diserahkan kepada anak perempuan Pak Tam yang kebetulan menjaga bapanya pada hari tersebut dan masih berada didalam simpanannya hingga kehari ini.

Perlu dijelaskan disini ialah kedua-dua lelaki tersebut tidak bertanding didalam Pemilihan Permatang Pauh yang telah berlalu itu.

Memang agak menghairankan kerana dalam rundingan atau perbincangan untuk Pak Tam menarik diri dari bertanding, Pak Tam tidak meletakkan sebarang syarat untuk menarik diri.. mengapa ada pihak yang begitu baik hati memberikan kepada beliau wang tersebut?

Satu hari yang lain pula ketika banyak pihak tertanya-tanya itu tiba-tiba Anak lelaki Pak Tam telah menunjukkan satuSMS yang diterima oleh bapanya..

SMS tersebut tertulis “Pak Tam terima kasih krn memberi amanah kepada Axxx utk memegang Jawatan Naib Ketua. Akan Axxx usahakan dgn telus, jujur n penuh dedikasi. Semoga Pak Tam cepat sembuh dan sihat selalu. Tolong cakap sama Cikgu n Amir semua tentang persetujuan ini supaya mereka tak salah faham dan akur kepada keputusan Pak Tam”
SMS yang menjelaskan kepada semua kenapa Pak Tam diberikan RM8000.00 tersebut. Wang tunai itu bukanlah kerana saguhati kerana Pak Tam telah mengundurkan diri dari bertanding, ianya dibayar agar salah seorang lelaki yang menghantar wang tunai itu dilantik sebagai Naib Ketua Cabang.

Lelaki yang merupakan ahli biasa dalam PKR Permatang Pauh tersebut pada awalnya telah dinasihatkan agar turut bertanding, namun begitu kerana memikirkan bahawa beliau pasti kalah maka beliau takut untuk bertanding. Beliau mencaturkan kedua-dua pihak atau kumpulan yang bertanding demi kepentingan yang hanya beliau yang tahu..

Sebenarnya dalam menentukan siapa yang layak dilantik sebagai Naib Ketua Cabang itu, Pak Tam kini tidak mempunyai sebarang kuasa dan Pak Tam juga telah menyatakan beliau tidak pernah berkata akan melantik penghantar SMS tersebut sebagai Naib Ketua Cabang.

Sehingga kehari ini mesyuarat masih belum dijalankan dan tiada sebarang lantikan bagi Naib telah dibuat, mesyuarat akan berlangsung setelah Timbalan Ketua Cabang pulang dari lawatan kerjanya keluar Negara.

Kepada lelaki yang sering berkata “ I selalu baca blog you..” itu.. hentikan segera segala percaturan atau permainan yang akan merosakkan Parti ini atau laporan cubaan merasuah akan dibuat kepada SPRM..- blog anak sungai derhaka.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/