SharpShooter Followers

Saturday, September 25, 2010

Rizal Hamid gagal menumbangkan bapa dan anak.

Cabang Nibong Tebal baru sahaja selesai proses kiraan undi. Pertandingan yang agak sengit dan kontroversi.

Pada pandangan Sharphooter, kesalahan calon yang paling besar di buat oleh team Rizal Hamid adalah mengadakan mesyuarat di pejabat Tan Tee Beng wakil rakyat Keadilan yang telah melompat.

Sharpshooter dan Chegu Bard sebelum ini pernah menasihatkan Rizal Hamid supaya bertanding Ketua AMK Cabang sahaja. Tetapi beliau nampak agak gelojoh dalam politik bila bertanding menentang Ustaz Maktar dan Munir anak kepada YB Ustaz Maktar serentak.

Mungkin isu anak bapa boleh dimainkan tetapi apabila team Rizal Hamid mengadakan mesyuarat di pejabat Tan Tee Beng, ia menjadi isu besar. Adakah beliau calon tajaan Tan Tee Beng? Harap-harap tidaklah sampai ke tahap itu.

Namun keputusan telah dibuat oleh ahli Keadilan Cabang, jadi terimalah dengan hati yang terbuka. Satukan saf semula. Yang menang jangan sombong dan yang kalah jangan merajuk dan berkecil hati. Ini pertandingan adik beradik sahaja.

Keputusan rasmi Cabang Nibong Tebal.

Ketua Cabang
1) YB Ustaz Hj Maktar Shapee 214 undi
2) Mohd Rizal Hamid 146 undi

Timbalan Ketua Cabang
1) Mohd Kamil bin Abu Bakar (Hj Wan) 166 undi
2) Kumaraveloo A/L Annamalay 38 undi
3) Dr Azhar bin Ahmad 132 undi
4) Zulkifli Bin Ibrahim 15 undi

Naib Ketua Cabang
1) Azmi Mohamad 232 undi
2) Azri Husin 127 undi

Timbalan Ketua AMK
1) Munir bin Maktar 86 undi
2) Mohd Rizal Hamid 75 undi

Manakala Ketua AMK Cabang Nibong Tebal menang tanpa bertanding setelah pencabarnya Fauzi bin Ahmad sudah melebihi had umur 40 tahun untuk bertanding Ketua AMK.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/