SharpShooter Followers

Monday, September 13, 2010

UMNO PERKASA menunggu masa...

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sokongan kepada Perkasa hari ini dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan Barisan Nasional itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau sini hari ini.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.

“Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat keci. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13).

“Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau sambil menambah, pada pilihan raya umum lalu ahli-ahli Umnio juga telah mengundi PAS.

Dengan menekankan prinsip asas hanya boleh bermusuhan dengan satu pihak bukannya dengan semua, Dr Mahathir berkata, Umno seharusnya menjalin hubungan rapat dengan sebanyak kumpulan yang boleh berbanding bertelagah sesama sendiri.

Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua.”

Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi,” katanya pada majlis itu.

Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Sharpshooter :- Kepada pimpinan dan ahli Keadilan, jangan hilang fokus utama kita untuk menumbangkan UMNO dan B-End dalam PRU13. Jangan terlalu fokus dan ghairah kepada pemilihan parti hingga lupakan fokus utama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Lawan tetap Lawan...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/