SharpShooter Followers

Tuesday, September 21, 2010

Jangan lupa sejarah perjuangan...

Tarikh keramat 2 September 1998 tidak mungkin dapat dilupakan oleh golongan reformis dan pejuang keadilan yang menuntut keadilan untuk Anwar Ibrahim. Ketika itu amarah terhadap Tun Mahathir sukar dikawal.

Laungan " Mahathir letak jawatan..Mahathir letak jawatan...Mahathir letak jawatan.." di Masjid Negara ketika itu adalah igauan mimpi paling ngeri buat Mahathir.

Ketika itu rakyat tidak tahu siapa ketua, siapa pemimpin, tidak ada mesyuarat rasmi, tidak ada FB seperti sekarang, tetapi rakyat turun ke jalanan menuntut keadilan untuk Anwar. Rakyat turun kerana mahukan Mahathir meletak jawatan.

Setiap hari juga rakyat berhimpun di rumah Anwar di Damansara untuk mendengar penjelasan dan isu terkini serta arahan terbaru Anwar Ibrahim.

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor ketika itu juga dikecam hebat oleh segelintir pimpinan PAS dan ahli PAS yang marahkan Ustaz Fadhil kerana memaafkan Anwar Ibrahim. Tetapi ternyata langkah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor adalah langkah yang bijak dan tepat.

Sehinggalah pada tanggal 20 September 1998, Anwar akhirnya mengambil keputusan untuk turun bersama rakyat di Masjid Negara kemudian berarak ke Dataran Merdeka. Sejarah telah tercipta, lautan manusia yang belum pernah disaksikan menjelma dan mereka berhimpun tanpa diupah, tanpa paksaan, tanpa mesyuarat rasmi, tanpa rasa takut dan gentar.

Berapa ramai yang ditangkap, dipukul, dilokap, dibuang kerja, dibuang universiti dan sebagainya. Inilah pejuang-pejuang reformasi yang tidak boleh dilupakan walaupun ada di kalangan mereka yang tewas dan kecundang di tengah jalan.

Anwar akhirnya ditangkap, dipukul dan ditelanjangkan. Satu ujian yang paling hebat yang terpaksa dilalui oleh seorang Pejuang Tokoh Reformasi bernama Anwar Ibrahim.

Sehingga kini, walaupun sudah bebas, sebelah kaki Anwar di penjara dan mungkin Anwar akan terpenjara semula. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Anwar selamat dari segala fitnah yang dilemparkan.

Video ini imbasan sepintas lalu peristiwa tersebut oleh Media Rakyat.



Pada tahun 1998, vcd belum ada lagi, yang ada hanya video dan video yang paling menarik pada sharpshooter adalah video bertajuk "LAUNGAN REFORMASI".









Video clip "teman Sejati" ini adalah salah satu video clip yang sharpshooter sempat siapkan untuk tatapan dan pencinta keadilan.

Tidak ada pemimpin di Malaysia yang setabah dan sekuat serta diuji sehebat Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang nombor dua negara kemudian dituduh dengan pelbagai tuduhan seolah-olah Anwar adalah penjenayah yang paling jahat dan tidak ada langsung jasa Anwar kepada rakyat Malaysia dan umno.



Dalam sejarah perjuangan Anwar, peristiwa yang paling pahit bagi Anwar adalah pemergian bonda tersayang, Mak Yan. Ketika itu, Anwar masih terpenjara. Abangnya Rani dan Mokthar juga telah pergi buat selamanya semasa Anwar masih terpenjara di Sungai Buloh.

Sharpshooter sempat siapkan video clip "di manakan ku cari ganti". Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..semoga Roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah...



Video clip di bawah ini pula adalah video clip yang sharpshooter sempatkan siapkan untuk kempen semasa kempen pilihanraya 2008.



Jika diimbau kembali semua sejarah itu, pasti menitis air mata bila kenangkan kembali sejarah perjuangan dan yang paling sedih bila perjuangan ini sudah nampak hasilnya pada 2008, maka muncullah sebahagian pejuang "kapitalis dan opportunis". Ada di antara mereka yang seperti musang berbulu ayam, ada yang spesis berudu, ada yang hanya berangan-angan menjadi YB sahaja, ada yang hanya mencari projek sahaja dan sebagainya. Ini hanya sebahagian kecil sahaja dan mereka ini wajib ditolak.

Pada sharpshooter, Parti Keadilan Rakyat memerlukan sokongan dan dokongan serta gabungan pejuang lama dan pejuang baru. Bagi pejuang lama, mereka harus berlapang dada untuk menerima pejuang baru dan bagi pejuang baru pula, pejuang lama jangan dilupakan apatah lagi dipinggirkan.

Semasa kempen pemilihan Keadilan yang sedang berlangsung, berkempenlah secara sihat. Jangan terlalu ghairah berkempen hingga terlupa musuh kita yang sebenar adalah umno dan b-end.

Kepada yang menang, sharpshooter ucapkan tahniah dan ingatlah jawatan itu bukan satu kemegahan tetapi ianya adalah satu tanggungjawab yang berat. Jalankan amanah itu dengan sebaik mungkin.

Kepada yang tewas, janganlah berputus asa dan terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan percayalah pasti ada hikmahnya, hanya Allah yang tahu. Jangan pula bertindak dan mengambil langkah yang merugikan parti dan diri sendiri.

Jadilah pemimpin yang berjiwa besar dan berjiwa merdeka, jangan merajuk dan melompat. Yang menang wajib melantik yang kalah, yang kalah wajib menerima lantikan dari yang menang. Parti Keadilan Rakyat perlukan anda semua yang bertanding.

Dan yang paling penting, kepada pemimpin, jangan lupa asal usul perjuangan untuk rakyat. Jangan gunakan rakyat hanya semasa sebelum pemilihan tetapi rakyat terus dilupakan bila kemenangan sudah tercapai, ingatlah "KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ".

Ayuh ke Putrajaya..Sivagi The Boss..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/