Yang paling penting kita kena berjiwa besar. Jangan cepat merajuk dan melatah apatah lagi melompat. Yang paling penting pertahankan kemenangan dan berjaya menawan Putrajaya dan yang paling penting juga Anwar dan TKM 1 kena muhasabah dan cuba memahami kehendak akar umbi ahli Keadilan Permatang Pauh. Ular menyusur ke akar takkan hilang bisanya.
Kehendak akar umbi Ahli Keadilan Permatang Pauh dan kehendak Pakatan Rakyat serta rakyat di Permatang Pauh adalah tiga faktor yang berbeza. Sebelum keputusan dibuat, kita boleh kemukakan hujah dan pandangan kita tetapi apabila keputusan telah dibuat kita wajib akur. Itulah disiplin dalam parti yang kita wajib ikut.
Ibarat cincang air tidak akan putus, ibarat cincang agar2 memang hancur tetapi masih boleh dimasak semula agar2 tersebut dan dibentuk semula agar lebih segar. Biarlah biduk berlalu....kiambang bertaut semula.
Namun yang menariknya Permatang Pauh kali ini menamakan calon untuk pimpinan Pusat, kebiasaannya Permatang Pauh selalu berkecuali dalam bab calon pusat ini sebab tidak mahu dilihat sebagai signal restu Anwar Ibrahim. Tetapi adakah kali ini calon pusat yang dinamakan adalah calon restu Anwar Ibrahim?
Jika ditanya pada Anwar...adakah ini calon pilihannya...jawabnya mudah...saya telah nyatakan berkali-kali... saya berkecuali..itulah jawapan standard Sivagi The Boss.
Pencalonan Permatang Pauh adalah seperti berikut :-

Timbalan Presiden : YB Azmin Ali
Naib Presiden :
Shamsul Iskandar,
YB Dato' Mansor Othman,
YB Lim Boon Chye dan
YB Dr Xavier.


Naib Ketua :- YB Yunus Jamahari Adun Kuala Kurau, Dr Jurin Gun Sallam dan Selvam.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/