Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini belum berhasrat untuk bertanding jawatan kanan dalam PKR, telah mengubah keputusannya setelah mendapat lapan pencalonan untuk jawatan naib presiden, semalam.
Menurutnya, langkah beliau untuk bertanding jawatan ini adalah demi memastikan masa depan parti yang cerah terutama dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
“Tujuan saya bertanding kali ini adalah untuk menjaga masa depan parti ini dan juga disebabkan sokongan yang baik oleh akar umbi yang mahu saya berbuat demikian.
“Apa-apa pun tunggu pengumuman saya esok (hari ini) saya akan memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai hasrat untuk bertanding kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi di pusat khidmatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada jam 2.30 hari ini.
Turut mengintai jawatan yang sama adalah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang sebelum ini tewas dalam dua kali percubaannya itu.
Pertandingan merebut empat jawatan Naib Presiden PKR bertambah sengit kepada calon yang lain apabila dua ahli parlimen parti itu menawarkan diri.
Sharpshooter :- Susahnya bila ada banyak YB...semua nak bertanding jawatan tinggi..he..he..Apapun sharpshooter menyokong penuh calon anak muda sama seperti Shamsul Iskandar calon Naib Presiden, Fariz Musa, Muzaffar (Perak) dan Ramlan Naim (Sabah).
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
19 hours ago