Gambar kenangan Syarifah Fazylah (tengah) bersama abangnya, Syed Hilmi (dua,kiri) dan adik, Syed Mohd Rais (kanan) ketika ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen mengunjungi arwah Zainab beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.
KEBUN SIREH – Jika sebelum ini, Aidilfitri disambut meriah oleh keluarga Syed Abu Hassan Syed Hamid,52. Tetapi, tahun ini mereka tidak menyambutnya berikutan kehilangan insan yang bergelar isteri dan ibu, Zainab Othman,46, empat hari sebelum tibanya Syawal.
Bagi Syed Abu Hassan, pemergian isteri akibat barah payudara merupakan satu ujian paling berat pernah ditempuhi, namun dia reda kerana Allah lebih menyayangi isterinya itu.
Manakala bagi tiga anaknya, mereka perlu menerima takdir walaupun jauh di sudut hati tidak dapat menahan kesedihan kerana perlu melalui hari-hari mendatang tanpa ibu disisi.
Bercerita tentang detik terakhir bersama arwah isteri, Syed Abu Hassan berkata, pada pagi 6 September lalu, dia sempat menyuapkan makanan kepada isterinya sebelum keluar rumah untuk membeli tilam baru buat arwah.
“Pagi itu saya memang sudah merasakan kelainan dan agak berat untuk meninggalkannya bersama anak-anak. Saya juga beberapa kali berpesan kepada mereka supaya sentiasa melihat-lihat keadaannya.
“Namun, itulah yang dikatakan ketentuan. Beberapa minit selepas saya keluar, isteri pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Saya reda dengan pemergian itu dan berdoa agar arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Dalam pada itu, anak perempuan tunggal, Syarifah Faziyah,20, (gambar duduk terkiri) berkata, dia berada disisi ibunya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir.
Dia berkata, perasaannya bercampur-baur tatkala melihat ibu sedang bertarung dengan nyawa dan sempat mengajar ibunya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
“Saya menjerit memanggil abang dan adik yang berada di dalam bilik ketika melihat ibu semakin tenat. Setelah beberapa minit bertarung, ibu pergi jua,” katanya.
Dia yang tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya berkata, Aidilfitri kali ini tidak bermakna lagi bagi dirinya kerana ibu tersayang tiada lagi.
Kini, dia bakal menganbil alih tugas sebagai ‘ibu’ di rumah memandangkan dia adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Dalam masa sama, dia juga berkemungkinan akan keluar bekerja untuk mencari rezeki, selain dibantu abang sulung, Syed Hilmi,22, berikutan bapa mereka tidak mampu untuk bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan.
Selain itu, mereka turut mempunyai seorang adik, Syed Mohd Rais,14, yang masih bersekolah di tingkatan dua.
Terdahulu, Syarifah berkata, ibunya disahkan menghidap barah payudara peringkat empat pada Julai 2009 lalu setelah mengalami luka pada bahagian kanan payudara.
Pada awalnya, luka berkenaan hanya dianggap biasa sahaja, namun tidak menyangka ia adalah kanser.
YB Ong Chin Wen turut hadir pada hari pengkebumian Ibu tersayang Syarifah Fazylah dan beliau memberi sumbangan RM500 kepada keluarga Syarifah.
Ahmad Azrizal Tahir selaku Pengerusi Unit Ehsan Pulau Pinang juga turut hadir serta menyampaikan sedikit sumbangan Unit Ehsan Pulau Pinang kepada keluarga Syarifah.
Semoga roh ibu Syarifah ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/