SharpShooter Followers

Thursday, September 16, 2010

TKM 1 selesaikan masalah Kg Pisang Awak



Masalah segelintir penduduk Kampung Pisang Awak sudah berlarutan selama lapan tahun. Mengikut penduduk-penduduk di sana, beberapa keluarga yang dahulunya tinggal di rumah panjang yang disediakan sebagai penempatan sementara telah pun berpindah selepas menerima pampasan dalam bentuk wang tunai atau pangsapuri.

Tetapi malangnya, beberapa keluarga kurang mampu terus hidup melarat di rumah panjang yang usang itu. Mereka mendakwa kerajaan dahulunya telah meminggirkan mereka kerana tidak sama hala tujuan politik.

Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil langkah untuk mengurangkan kesengsaraan penduduk-penduduk di sana. Dengan pertolongan dari Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Mansor Othman, penduduk-penduduk di Kampung Pisang Awak kini dapat berpindah ke pangsapuri berdekatan

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/