Bertanding dalam pemilihan parti bukan seperti bertanding dalam pilihanraya umum atau kecil. Ini adalah pemilihan adik beradik...
Di Pulau Pinang, hanya 3 YB mampu tersenyum kerana menang tanpa bertanding. Syabas Sharpshooter ucapkan.

Ketrampilan YB Law Choo Kiang yang bersahaja dan ramah serta rajin turun ke padang mungkin menyebabkan beliau amat disegani di Cabang Batu Kawan.
YB Law Choo Kiang susah nak marah..sentiasa tersenyum...keep it up YB..

Beliau menang tanpa bertanding selaku Ketua Cabang Tanjong sejak Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hinggalah sekarang. Inilah kehebatan YB Hj Malik di Cabang Tanjong.
Cabang Tanjong juga merupakan Cabang yang mempunyai pejabat sejak mula Parti Kaedilan Nasional ditubuhkan.

Beliau juga menang tanpa bertanding di Cabang Bukit Mertajam. Beliau juga adalah Ketua Penerangan Keadilan Negeri P.Pinang.
Syabas YB Tan Hock Leong..
YB yang lain terpaksa bertanding kerana mereka telah dicabar. Inilah erti demokrasi dalam Keadilan yang memberi ruang kepada semua ahli yang ingin bertanding.

1.
Beliau adalah Ketua Cabang Balik Pulau tetapi setelah beliau menjadi Adun Penanti, beliau berpindah cabang ke Permatang Pauh.
Di Permatang Pauh memang agak panas seperti dalam artikal yang pernah sharpshooter terbitkan di sini.
Pak Tam mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, manakala YB Dato' Mansor Othman dan Roslai pula berhajat bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Bermakna lawan 3 penjuru.
Apakah kesudahannya...adakah YB Dato' Mansor Othman akan menang tanpa bertanding?..sama-samalah kita nantikan.

Jawatan Ketua Cabang Bayan Baru kosong setelah ketuanya yang lama (Zahrain) adalah jenis spesis berudu....bila sudah membesar menjadi katak maka melompatlah ia masuk ke lubang najis...
Sigaran adalah bekas ahli Gerakan kemudian melompat ke MIC kemudian melompat ke Keadilan pula.
Mampukah YB Sim Tze Tzin menang dalam pertandingan setelah mendapat sokongan padu dari Ketua AMK Bayan Baru Ahmad Azrizal Tahir dan Ketua Wanita Kak Pah?

Beliau seorang peguam dan Ketua AMK Batu Kawan tetapi beliau telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Batu Kawan.
Pak Su Chot akan mempertahankan jawatan tersebut. Bermakna satu lawan satu. Yb Ong Chin Wen mendapat sokongan padu dari calon Wanita Batu Kawan Dr Joyce. Lawan tetap lawan...

Beliau dicabar oleh Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang untuk jawatan Ketua Cabang Bukit Gelugor.
Lim Boon Chang dahulu adalah bekas ahli Gerakan kemudian lompat ke MCA kemudian Keadilan.

YB Jason dan Abang Nan adalah mereka yang sama-sama berjuang sejak era reformasi 98.
Ini hanyalah pertandingan yang amat sihat. Bukan ada salah faham yang besar pun.
Beliau dicabar oleh tiga orang. Bermakna akan lawan 4 penjuru untuk jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal.
Pencabar terkuat adalah Rizal Hamid Naib Ketua AMK P.Pinang yang baru keluar hospital sebab batu karang. Sihat sikit dah nak lawan pula...ha.ha..
Mampukah YB Ustaz Maktar mempertahankan jawatannya?...
Setelah jawatan Ketua Cabang Balik Pulau dikosongkan oleh YB Dato' Mansor Othman, maka YB Dato' Halim Hussain bertanding untuk jawatan tersebut dan dicabar pula oleh saudara Syukri bekas Ketua AMK Balik Pulau.
Saudara Syukri juga adalah bekas Ketua Pemuda Negeri Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional menjadi Parti Keadilan Rakyat.
Manakala YB Yusmadi pula memilih untuk tidak bertanding sebarang jawatan. Beliau kini adalah badan pemantau pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat.
Manakala YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh belum lagi membat keputusan samada bertanding jawatan Presiden atau tidak. Sivagi The Boss.
Inilah erti demokrasi dalam Keadilan yang buat kali pertama dalam sejarah, setiap ahli berhak mengundi untuk semua peringkat samada di Cabang ataupun Pusat. Selamat mengundi....jadilah pengundi yang bijak.
Manakala hari Rabu akan datang 15 September 2010, akan berlaku sesuatu yang mengemparkan di Pulau Pinang.
Nak tahu?....sabar..tunggu hari Rabu ok..
pukul berapa? jam 6 petang..
di mana? Stadium Batu Kawan...tungguuuuuuuu........
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/