SharpShooter Followers

Wednesday, September 22, 2010

AIC Johor sokong Chegu Bard

Kami Dari AIC (Anwar Ibrahim Club) Negeri Johor menyatakan Sokongan Kepada CheguBard sebagai peneraju AMK Malaysia.Walaupun di antara kami ada yang menjadi ahli PAS dan PKR.

Kebanyakkan ahli kami lebih mengenali CheguBard berbanding calon-calon yang lain.Pencatat dan teman-teman AIC Johor sendiri lebih mengenali rapat karisama beliau.

Beliau juga pernah Di undang oleh Team AIC Johor dan AMK Johor untuk menjadi panel Forum di Johor Bharu bersama Hishamudin Rais dan Ginie Lim.Komitmen beliau terhadap anak muda amat-amat terserlah dengan mewujudkan Solidirati Anak Muda Malaysia ( SAMM ).

Selain aktif berceramah di seluruh negara bagi menyampaikan Fakta-fakta menarik untuk di sebar luaskan kepada rakyat.Selain itu beliau berpengalaman bersama GERAK semasa bersama Ezam Md Noor.Pengalaman yang di miliki beliau amat-amat di perlukan oleh Anak Muda Malaysia.

Pencatat secara peribadi mengenali rapat beliau selepas PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau.Kami teman AIC Johor menjemput beliau berceramah buat pertama kali Parlimen Pontian pada ketika itu.Lokasi di Parit Stan,Benut.Respon penduduk amat baik sekali.Dan ramai penyokong dan pemimpin PAS dan PKR meminta pencatat menelefon CheguBard bagi memenuhi program Rapat Umum Di Pontian.

Sehingga hari ini CheguBard telah 5 kali berceramah di Parlimen Pontian.Setiap jemputan kami pasti tidak akan di tolaknya walaupun program beliau setiap hari ada di seluruh negara.Komitmen dan semangat yang di miliki CheguBard amat-amat luar biasa.

Oleh itu sokongan 100% perlu di berikan kepada beliau untuk membina kekuatan organisasi anak muda khusus dalam AMK itu sendiri.

Syabas CheguBard....Teruskan perjuangan anda.Kami teman-teman AIC Johor akan bersama dengan perjuangan anda.

Lawan tetap lawan..!!!!


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/