SharpShooter Followers

Friday, September 24, 2010

Berhati-hati semasa mengundi....ingatlah pemimpin tersayang..

Esok adalah pemilihan di Cabang Nibong Tebal, pertandingan Ketua Cabang 4 penjuru. Inilah erti demokrasi yang wajib kita suburkan, tidak ada tangan "ghaib" yang menelefon untuk tarik diri seperti yang berlaku di sesetengah cabang.

Blog Paku Seqepih... membuat penilaian sendiri tentang calon di Cabang Nibong Tebal di sini.

Sharpshooter diminta oleh Setiausaha AMK P.Pinang untuk merasmikan Mesyuarat Agong AMK Cabang Nibong Tebal esok jam 10 pagi atas kapasiti sebagai Exco AMK Pusat.

Semua calon yang bertanding adalah sahabat-sahabat baik belaka, ada yang baru dan ada yang telah lama berjuang.

Terbaru, Syed Mikael setiausaha AMK P.Pinang memberitahu sharpshooter diminta merasmikan Mesyuarat AMK Cabang Bayan Baru pula esok. Ok lah mana pun tak kisah yang penting bertanding dan berkempenlah secara sihat.

Menang kalah adat pertandingan. Jangan melompat dah ler..he..he...

Cuma satu nak pesan...hati-hati membawa pengundi, hati-hati semasa mengundi...ingatlah pemimpin tersayang....dan kepada pemimpin..ingatlah pengundi tersayang...selamat mengundi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/