SharpShooter Followers

Monday, September 13, 2010

Sivagi The Boss belum buat keputusan

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sivagi The Boss berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan samada mahu bertanding sekiranya menerima pencalonan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada masa yang sama beliau juga enggan memberi komen lanjut mengenai pendapatnya berkenaan perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN antara Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar berkata mana-mana calon yang mendapat pencalonan dari mesyuarat agung peringkat cabang boleh bertanding.

"Mana-mana calon yang layak membawa mesej parti dan mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya, serta mampu diterima oleh ahli adalah mereka yang layak. Saya tidak memihak kepada mana-mana calon untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti," ujar beliau lagi.

Secara berseloroh Anwar berkata cadangan sesetengah pihak mendesak supaya beliau bertanding kerusi Presiden mungkin disyorkan oleh Umno.

Kemungkinan ini kata beliau, tidak dapat dinafikan kerana Umno mahu melihat KEADILAN meniru cara parti itu dalam proses pemilihan parti November depan.

Sebelum itu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan KEADILAN Negeri Selangor mencadangkan agar Anwar bertanding jawatan Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden ditandingi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kumpulan itu ini adalah cadangan alternatif bagi mengelakkan perebutan jawatan nombor dua parti yang dilihat mungkin menjejaskan perpaduan dan keutuhan KEADILAN.

"Mesyuarat agung peringjat cabang pun masih belum dimulakan dan begitu juga di peringkat negeri. Jagi belum diputuskan samada pencalonan untuk jawatan tersebut akan dibuat atau tidak.

"Mungkin ini adalah syor dari unsur dalaman Umno yang mahu supaya jawatan Presiden dipertandingkan. Sehingga ini kita belum membuat apa-apa keputusan lagi. Biarlah mesyuarat agung parti mula dahulu dengan lancar dan sempurna," kata beliau ketika ditanya media ketika menghadiri majlis rumah terbuka anjuran KEADILAN Pulau Pinang di tapak ekspo di sini petang semlam.

Tambah Anwar lagi, beliau menafikan memberi sokongan kepada mana-mana pihak untuk merebut jawatan tertentu pada dalam pemilihan parti yang akan datang seperti yang dilaporkan oleh media sebelum.

Beliau berkata apa yang penting ialah membuka peluang kepada ahli parti daripada setiap lapisan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka memilih barisan pimpinan parti samada pada peringkat cabang atau pusat secara jujur dan telus.

"Apa yang penting ialah proses demokrasi yang diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat merupakan amalan demokrasi sepenuhnya yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana parti politik dalam negara ini.

"Oleh kerana itu kita mahu memberi peluang yang sepenuhnya kepada semua ahli parti untuk membuat pilihan mereka sendiri bagi semua kerusi yang dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

"Kita tidak akan menyekat mana-mana ahli untuk mengamalkan demokrasi dengan cara yang boleh memberi peluang kepada mereka menzahirkan segala cadangan dan pilihan mereka sendiri," katanya lagi.," kata Anwar ketika ditanya media pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di tapak ekspo di sini semalam.

Sharpshooter :- Jawapan tersurat Sivagi The Boss...tetapi apakah jawapan tersirat Sivagi The Boss tentang calon Timbalan Presiden?

Semua ahli Keadilan sudah tahu siapa calon pilihan Sivagi The Boss tetapi yang ahli Keadilan tidak mahu adalah calon menjual nama Sivagi The Boss....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/