SharpShooter Followers

Saturday, September 18, 2010

YB Sim calon terbaik Ketua Cabang Bayan Baru

Di Pulau Pinang, selain pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh jadi tumpuan, pemilihan di Cabang Bayan Baru juga terasa sengitnya.

Ketua Cabang Bayan Baru yang lama adalah spesis berudu Zahrain kawan lama Anwar Ibrahim selama 30 tahun, bila makin membesar akhirnya menjadi katak dan terus melompat ke lubang najis meninggalkan Anwar Ibrahim yang percaya 100% kepada Zahrain.

Bila jawatan tersebut kosong, maka YB Sim Tze Tzin menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut. Beliau di cabar pula oleh bekas ahli Gerakan melompat ke MIC dan terkini melompat ke Parti Keadilan Rakyat pula. Lepas ni nak lompat lagi ke tak..entahlah...

Sharpshooter telah berpesan dan berkempen kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan agar kerja kuat untuk pastikan YB Sim Tze Tzin menang Ketua Cabang Bayan Baru yang baru.

Latar Belakang YB Sim Tze Tzin

Pendidikan:

- Sarjana Kejuruteraan Lebuhraya, San Jose State University, Amerika Syarikat

- Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

Kerjaya:

- ADUN Pantai Jerejak, 2008-Sekarang

- Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2007-2008

- Jurutera Lebuhraya di California, Amerika Syarikat, 2001-2006.

- Jurutera Awam di Kuala Lumpur, 1999-2001

Aktivisme:

- Ahli Parti Keadilan Rakyat sejak 2006.

- Leftenan Muda Askar Wataniah, 1999.

- Pengasas Stanford University Malaysia Forum. Forum politik terulung untuk pelajar Malaysia di Amerika Syarikat, 2003

- Pengasas Malaysian Student and Youth Democratic Movement (DEMA), 1999.

- Aktivis Gerakan Reformasi, Parti KeADILan Nasional, SUARAM, 1999-2006.

Projek Mesra Rakyat:

- Tuisyen Percuma untuk murid-murid di Kawasan Pantai Jerejak.

- Projek Naik Taraf Parit di Masjid Bayan Baru.

- Projek Tebatan Banjir Menyelesaikan masalah banjir untuk 1000 keluarga Sg Nibong Kecil.

- Projek Linear Park dan Penghijauan di Taman Sri Nibong & Taman Sunway Tunas.

Manifesto Team Reformis

烈火莫熄队竞选宣言

Parti Keadilan Rakyat sedang menuju Putrajaya. Cabang memainkan peranan penting mendukung hasrat rakyat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7. Maka kami, Team Reformis Bayan Baru janjikan bahawa, kami akan:

1. Memantapkan gerakerja cabang dengan satu pasukan yang kukuh.

巩固团队,加强干部

Pasukan ini akan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, pelbagai latar belakang, muda dan berpengalaman. Ini pastinya mewakili suara ahli di semua peringkat. Pasukan ini akan mengukuhkan keyakinan bahawa Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru akan menuju ke Putrajaya bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Politik Cekap, Akauntabel, dan Telus: Mengekalkan Kemenangan 1 kerusi Parliamen dan 3 kerusi DUN

廉政-负责-透明,维护13州胜利

Kita mendokong seruan Ketua Menteri dalam mengamalkan politik Cekap, Akauntabel (Amanah) dan Telus (CAT). Cabang Bayan Baru adalah sangat penting kerana ia merupakan satu-satunya cabang di Malaysia yang menyapu bersih 3 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lalu. Kita perlu mengekalkan kemenangan ini dan bekerja keras serta untuk mengekalkan kemenangan ini.

3. Berjuang untuk isu Pekerja dan Pekerja Wanita

争取工人阶级福利,打造新希望

Cabang Bayan Baru terletak di kawasan nadi perindustrian Malaysia. Pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja. Kami janji akan transformasi Cabang ke arah memperjuangkan isu hak pekerja dan juga isu pekerja wanita. Inilah Cabang pertama di Malaysia yang melaungkan perjuangan isu Nasional/Pekerja. Kami akan menubuhkan klinik khidmat pekerja untuk menangani masalah-masalah mereka.

Untuk pencalonan YB Sim Tze Tzin sebagai calon Ketua Cabang Bayan Baru, kita sokong tetapi pencalonan YB Sim untuk jawatan Naib Ketua AMK Pusat, belum pasti..he..he..

Yang mahu mengundi nanti..berhati-hati semasa memandu dan berhati-hati semasa mengundi..anda mampu lakukan..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/