SharpShooter Followers

Wednesday, September 01, 2010

Rafizi umumkan chai elitnya...


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK). Beliau turut mengumumkan barisan regunya - dikenali sebagai Generasi Reformasi - yang akan bertanding jawatan utama dalam AMK.


Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK. Manakala tiga lagi ADUN gandingannya akan bertanding jawatan naib ketua dan exco. Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja). Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan empat orang lagi - Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.


Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi. Beliau dipercayai akan mendapat tentangan sengit daripada penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.

Timbul isu baru Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama. Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi ini, Mohd Rafizi berkata, reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza pendekatan, warna kulit dan kepakaran, tetapi berkongsi matlamat yang sama.


Selepas pilihan raya umum lalu, tambahnya, walaupun isu pokok yang diperjuangkan - seperti pemansukan ISA dan kebebasan institusi kehakiman - masih sama, timbul pelbagai isu baru yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi baru yang mempunyai citarasa yang berbeza.
"Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik," katanya yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

"Berdasarkan misi in, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu dalam AMK.

Sebagai persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13." Turut hadir dalam sidang media itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya memberikan sokongan tetapi tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam AMK walaupun disebut-sebut sebelum ini.


Sementara itu dalam blog WFAUZDIN berkata PEMILIHAN Ketua AMK nampaknya semakin menarik dan mulai panas. Dikatakan terdapat beberapa calon akan bertanding merebut jawatan Ketua AMK yang mungkin akan dipertahankan oleh Sdr Shamsul Iskandar. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri jika ingin bertanding merebut jawatan sayap penting kepada PKR itu, dan sehingga kini difahamkan hanya Sdr Rafizi Ramli seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan akan bertanding.

Calon lain yang dikatakan akan bertanding tetapi belum mengumumkannya adalah Chegu Bard (Badrul Hisham) iaitu seorang lagi MPP PKR. Mungkin ramai yang mengenali Chegu Bard jika dibandingkan dengan Sdr Rafizi kerana tokoh muda dari Rembau ini adalah di antara pejuang reformasi yang lantang dan berani. Sdr Rafizi Ramli mungkin agak terkenal di kalangan elit pimpinan PKR dan tidak hairanlah jika baru-baru ini beliau mengadakan sidang akhbarnya pun di sebuah hotel di PJ.

Mengikuti sidang medianya di sini, saya amat hairan mengapa perlu diwujudkan regu semata-mata untuk merebut jawatan di dalam AMK ? Mengapa pemilihan di dalam PKR mahu dicemari dengan budaya haprak Umno itu? Paling menyedihkan, langkah membentuk regu seperti ini turut disokong oleh beberapa pimpinan yang bergelar YB di kalangan pemuda PKR. Apakah mereka ingat dengan status YB dan elit mereka itu regu mereka akan terpilih?

Saya secara peribadi amat tidak bersetuju jika diwujudkan tim, regu atau puak di dalam PKR. Cuba belajar dari pengalaman Umno bagaimana parti itu hancur akibat puak dan regu. Saya tidak pasti samada kesemua yang bakal bertanding di dalam AMK itu mempunyai regu masing-masing. Tetapi apa yang saya tahu, Sdr Rafizi adalah orang pertama yang mengumumkan regunya.

Adakah langkah beliau ini direstui oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ianya direstui, tunggulah saat kehancuran PKR. Itu jaminannya. Apa yang pasti, sokongan hendaklah diberi kepada calon yang tidak mahu berpuak dan berani ke hadapan bersendirian dengan kekuatan sendiri. Itulah Ketua AMK yang kita mahukan./wfauzdin.blogspot.com


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/