SharpShooter Followers

Sunday, October 31, 2010

Chegubard berjaya memintas Shamsul Iskandar di hari ketiga

Chegubard berjaya memintas dan mengatasi Shamsul Iskandar di P.Pinang pada hari ketiga pemilihan Keadilan 2010.

Sebanyak 6 Cabang di P.Pinang telah berjaya mengadakan pemilihan hari ini dengan aman damai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Cabang tersebut adalah Batu Kawan, Permatang Pauh, Bagan, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasek Glugor.

Chegubard mendapat undi sebanyak 162 manakala Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan Ketua AMK memperoleh undi sebanyak 93. Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul dengan 69 undi.

Manakala keputusan terkini keseluruhan setakat jam 11.08 mlm ini : Che'gubard memperolehi undi sebanyak 1002 manakala Shamsul Iskandar sebanyak 697 undi.

Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul Iskandar sebanyak 305 undi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Talian hayat b-end di Telok Ayer Tawar ditambah

KEPALA BATAS, 31 Okt — PAS Pulau Pinang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status pengundi awam isteri tentera di negeri ini kepada pengundi tidak hadir (pengundi Pos) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengikut peraturan dalam pindaan 2002 dalam Seksyen 2(b).

Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Mohd Fadzil Kemi berkata di bawah Seksyen 2(b) isteri tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi pos atau pengundi awam bagi sesuatu kawasan.

“Dalam situasi ini seramai 630 isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, sebahagian daripada mereka merupakan pengundi baru dan sebahagian lagi yang telah berdaftar.

“Kami mahu SPR memberi penjelasan terperinci berhubung pertambahan bilangan pengundi yang berlaku secara mendadak ini, jumlah ini diperolehi untuk tempoh semakan bermula dari 27 Okt lepas hingga 2 Nov depan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Fadzil yang juga Timbalan Penolong pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri juga mendakwa SPR tidak memaklumkan kepada isteri-isteri tentera terbabit mengenai pertukaran status pengundian mereka.

Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis Mohd Fadzil berkata: “Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari peguam”.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno perlu jelaskan RM2.3 bilion duit judi

Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

"Tolak Chang Lih Kang sebab dia Cina"

YB Chang Lih Kang Adun Teja adalah seorang tokoh anak muda yang kian melonjak naik dalam arena politik di Malaysia terutamanya di Negeri Perak.

Negeri Perak seperti yang kita sedia maklum telah dirampas oleh b-end dengan menjelma tiga ekor katak besar.

Namun begitu, YB Chang Lih Kang adalah di antara YB yang telah lulus ujian apabila beliau ditawarkan dengan kemewahan dan kekayaan tetapi beliau tetap dengan perjuangan Keadilan. Bukan mudah bila kita diuji dengan ujian seumpama itu. Berapa ramai yang rebah tersungkur ke lubang najis bila diuji dengan kekayaan segera.

YB Chang Lih Kang pada pemilihan AMK kali ini telah menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua AMK bersama Team Chegubard.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 3 pagi adalah Che'gubard mendahului dengan 352,manakala Shamsul Iskandar pula sebanyak 241 undi manakala Calon Timbalan Ketua AMK Pusat Chang Li Kang mendapat 171 undi dan pencabarnya Jonah mendapat undi 216.

Kempen "tolak Chang Lih Kang sebab dia Cina" adalah tidak wajar berlegar dan dibiarkan dalam Keadilan. Apakah semangat 'bangsa atau kaum' masih wujud dalam Keadilan. Mengapa isu perkauman ditimbulkan oleh sesetengah calon AMK? Isu perkauman tidak sepatutnya timbul dalam Keadilan.

Jangan kita lupa bahawa YB Chang Lih Kang adalah salah seorang pejuang Cina yang sanggup ditangkap kerana mempertahankan kg orang Melayu. Isu perkauman tidak harus timbul kerana YB Chang Lih Kang bukanlah seorang yang anti Melayu atau terlalu tebal semangat perkauman Cina. Adalah amat malang sekali sekiranya masih ada AMK yang mengundi berdasarkan semangat kaum.

Sharpshooter ingin mengimbau semula kisah perjuangan YB Chang Lih Kang. Halang roboh rumah: 20 penduduk Kg Berembang ditahan polisMon Nov 20, 06 05:30:27 PM Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Lebih 20 penduduk Kampung Berembang, Ampang dekat sini, termasuk dua pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun, dipercayai ditahan polis hari ini kerana menghalang rumah mereka daripada dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Bagaimanapun pihak polis enggan mengulas dan mengesahkan penahanan mereka. Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Ulu Klang. Menurut sumber, antara penduduk ditahan ialah Adli Abd Rahman, Mamat Rajis, Fiqtriey Al-Hakimi, Ramacantiran, Ramalinggam, Thevarajan dan Letchumi Devi Doraisamy.


Turut ditahan semasa tindakan meroboh itu dua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Chang Li Kang dan S Arutchelven.

Sebanyak56 rumah dirobohkan penguat kuasa MPAJ setelah rundingan penduduk terbabit tidak berjaya biarpun nasib mereka mendapat perhatian Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dato' Siva Subramaniam yang turut berada di kawasan berkenaan.


Sebanyak dua jentolak digunakan untuk memusnahkan rumah-rumah mereka manakala empat trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan satu trak meriam air (water cannon) turut kelihatan di tempat kejadian.

Sebelum ini pihak penduduk telah memohon supaya kerja-kerja meroboh ditangguhkan sehingga 30 April tahun depan. Akhirnya MPAJ terus memusnahkan tempat kediaman mereka pada jam tiga petang tadi.


Sehubungan dengan itu, YB Chang Lih Kang sebenarnya adalah calon terbaik Timbalan Ketua AMK Pusat. Beliau telah lulus ujian dengan jayanya.

Sharpshooter juga masih menunggu bilakah Jonah akan membersihkan namanya seperti artikal yang pernah sharpshooter siarkan di sini.

Khabar angin bertiup kencang kononnya sharpshooter telah dihubungi oleh 'orang tertentu' supaya isu Jonah disenyapkan adalah tidak benar sama sekali.

Sharpshooter tidak pernah menuduh Jonah tetapi sharphooter hanya mahu Jonah membersihkan namanya.

Cerita mengenai isu perkauman sempit "tolak Chang Lih Kang sebab di Cina" boleh anda baca di sini.

Undilah YB Chang Lih Kang calon terbaik Timbalan Ketua AMK Pusat.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Guan Eng jawab fitnah Farid



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bekas calon b-end maki Tok Guru

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Undilah Calon Wanita Berdaya Harapan Negara













* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Talian hayat b-end sudah sampai di Batu Sapi

UndiPosBahang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang tinggal lima hari kian terasa dengan ketibaan kertas undi 1,535 pemilih pos di sini petang tadi.

Kertas undi pemilih pos itu dibawa dari Kota Kinabalu dan dihantar ke Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan pada 4.30 petang dan disambut sendiri oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan, Sapi Mohd Hamsan Awang Supain.

Di dewan persidangan itu, semakan dilakukan terhadap kertas undi pos, antaranya membabitkan ejaan nama calon dan parti, susunan calon yang bertanding serta simbol parti.

Selain Mohd Hamsan dan penolong pegawai pengurusnya serta pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya, semakan turut membabitkan wakil parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Kertas undi pos itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk disimpan.

Pengundian bagi pemilih pos akan dijalankan pada Isnin depan, dan membabitkan 663 anggota Pasukan Gerakan Am, Tentera Laut DiRaja Malaysia (601) serta dan IPD Sandakan (271).

Tiga pusat undi pos ialah di IPD Sandakan, ibu pejabat PGA Batu Sapi dan Kuarters TLDM di Batu 5.

Bagi 24,047 pemilih biasa, mereka akan membuang undi pada 4 Nov ini di 12 pusat mengundi membabitkan sebelas bangunan sekolah dan sebuah bangunan perpustakaan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, October 30, 2010

Zaid Ibrahim mendahului hari pertama

Selepas sembilan cabang selesai mengadakan pemilihan PKR semalam, penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua lagi pencabar - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden.

azlan Berdasarkan keputusan rasmi yang diterima ibu pejabat parti, Zaid mendapat 577 undi berbanding Azmin yang berada ditangga kedua dengan 372 undi, makala Mustaffa pula mendapat 61 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 494 undi.

Beliau diekori rapat oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh (467), timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman (462) dan ahli parlimen Batu Tian (430).

Keputusan bagi calon-calon naib presiden yang lain seperti berikut: N Gabalakrishnan (304 undi), R Sivarasa (267), Suresh Kumar (207), Jonson Chong (145), Baru Bian (143), Xavier Jayakumar (84), Ansari Abdullah (84), Yusmadi Yusoff (79), Yahya Sari (58), Dominique Ng (51), S Manikavasagam (47), Saiman Marjuki (36), James Ghani (29).

Bagaimanapun, keputusan tersebut belum dapat menggambarkan kecenderungan ahli untuk memilih calon-calon pilihan mereka secara keseluruhannya.

Ini kerana ia hanya melibatkan peratusan kecil daripada keseluruhan 400,000 anggota PKR yang layak memilih.

Berbeza dengan proses pencalonan yang dikira berdasarkan sokongan cabang, pengundian berdasarkan sistem baru "satu ahli, satu undi" mengambil kira undi keseluruhan anggota PKR.

Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan malam tadi, berkata perjalanan pengundian hari pertama semalam telah dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Hari ini, sebanyak 32 lagi cabang di seluruh negara akan mengadakan pemilihan masing-masing pada hari ini.

Negeri terbabit: Kedah (2 cabang), Kelantan (5), Pahang (7), Negeri Sembilan (6), Perak (9) dan Perlis (3).

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemilihan Keadilan 2010 hari pertama berjalan lancar

leh Suara Keadilan

pemilihan-PKRPETALING JAYA 30 Okt - Setiausaha Agung parti Keadilan Rakyat (KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 yang bermula sejak semalam telah memperlihatkan 9 cabang-cabang KEADILAN di negeri Kedah dan Kelantan mengadakan pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN masing-masing.

Sembilan cabang utama ini adalah Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

"Pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini akan diadakan di 222 lokasi cabang-cabang KEADILAN di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari-hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti.

"Pengundian hari pertama telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan. Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kelewatan masa pengundian dimulakan telah menjejaskan kewibawaan proses pengundian ini sehingga meminta untuk keseluruhan proses ini dibatalkan, ingin dijelaskan bahawa kelewatan ini adalah disebabkan oleh kertas-kertas undi yang lewat sampai ke cabang-cabang di Kelantan dan telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada jam 10 pagi.

Walaubagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga jam 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota Parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini," kata Saifuddin dalam satu kenyataan media semalam.

Saifuddin menjelaskan berita yang di siarkan di laman portal berita freemalaysiatoday.com berhubung dengan dakwaan bahawa Pengerusi JPP Dr Molly Cheah tidak lagi terlibat dengan pengurusan Pemilihan Parti, Ibupejabat Parti KEADILAN Rakyat mengesahkan beliau masih lagi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga hari ini.

Jelas beliau lagi, jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khusus untuk mengawalselia hal-ehwal pemilihan Parti sememangnya terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tatacara proses pemilihan peringkat Pusat berpandukan beberapa kelemahan yang dikenalpasti (sewaktu pemilihan peringkat Cabang tempohari) melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli JPP lainnya iaitu Rajen Devaraj, Wong Hoy Cheong dan Stephanie Bastian.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, October 29, 2010

Zulkifli pembohong besar


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pemimpin Keadilan dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar keadilan awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Azmin Ali

“Kami bukan macam B-end,” kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai “anjing yang menyalak.”

Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi B-end terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, Keadilan dan PAS.

“Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus,” kata Azmin lagi.

Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan Keadilan membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan Keadilan adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

“Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika Keadilan menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat “pendedahan” itu.

“Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan),” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

“Apa yang dia katakan itu cerita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng,” kata beliau

Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu.

Pengarah Pilihan Raya Keadilan Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara “normal” memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang.

“Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN).

“Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini,” kata Fuziah lagi.

“Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu,” kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya Keadilan di Batu Sapi sekarang.

Malah Fuziah menegaskan, Keadilan sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS.

“Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, Keadilan, kami bersatu,” kata beliau sambil menambah, “mengapa kami perlu buat macam ini?”

“Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS bina umno roboh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.

Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, October 28, 2010

Pilihlah pasukan yang 'firm' calon naibnya.

PILIHLAH PASUKAN YANG 'FIRM' DENGAN CALON YANG LENGKAP-MELENGKAPI !!

Kali ini saya ingin menyentuh perihal pemilihan calon-calon naib ketua AMK. Untuk calon naib ketua, hanya 3 sahaja yang akan dipilih oleh setiap ahli AMK yang mengundi.

Bagi mereka yang ingin sebuah pasukan kepimpinan AMK yang mantap, dengan tiap-tiap seorang daripada naib ketuanya 'firm' dengan tugasan yang telah dikhaskan dan diatur sebaiknya - calon dari Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah yang paling idelistik yang menyentuh segala faktor-faktor realiti.

Mari kita berbicara dengan fakta logik. Setiap ahli perlu mengundi 3 calon naib ketua yang difikirkan layak dan sesuai kena dengan tempatnya. Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang calon naib ketua yang solid dengan sokongan akar umbi dan ketiga-tiga calon ini juga sangat jelas dengan kebolehan masing-masing bagi menjayakan agenda yang telah digarap bersama demi sebuah harapan - perubahan positif yang rapid untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemangkin kebangkitan sebenar anak muda!

Seperti yang dikatakan tadi, setiap calon naib ketua Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai tanggungjawab tersendiri. Ada calon naib ketua yang diberi tugas mengembalikan persepsi terhadap AMK dan Keadilan Pusat, agar kita tidak lagi diletakkan sebagai parti paling lemah dalam gagasan Pakatan Rakyat. Ada calon naib ketua yang diberi tugas untuk memastikan pergerakan AMK di borneo mendapat perhatian sewajarnya dan ada calon naib ketua yang bertanggungjawab memastikan kesaksamaan kaum minoriti tidak dipinggir.

Masing-masing mempunyai portfolio yang berkait rapat dengan agenda perubahan yang dibentangkan demi AMK yang progresif.

Bicara soal logiknya yang saya maksudkan di sini ialah calon naib ketua dari pasukan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang naib ketua, maka pilihlah ketiga-tiga naib ketua ini kerana ia sebuah matematik mudah yang menjadikan pilihan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah pilihan yang logik !

Apa yang dikatakan tidak logik pula ialah - apabila sesebuah gerup itu mengambil hampir semua baki calon naib ketua untuk dijadikan 'chai' yang akhirnya dilihat 'chai cacamerba asal jadi'. Permainan ini sebenarnya adalah satu jalan selamat untuk calon jawatan tertinggi AMK dengan mengambil setiap calon naib ketua, lantas disumbatkan sekali dalam satu chai untuk ditempur sesama naib ketua itu bagi merebut 3 tempat. Ini tidak logik.

Mencilok calon naib ketua pasukan lain dengan meletakkan dalam 'chai' dan cubaan untuk mencilok timbalan ketua AMK pasukan lain (kerana tersalah bawak timbalan) merupakan perkara yang lebih tidak logik. Tidaklah saya pasti samada calon naib ketua yang digambarkan menyertai pasukan itu benar-benar maklum mengenai lamaran air liur tak bercincin itu.

Bayangkan sekiranya sebuah gerup yang hebat dan dibuktikan kehebatan itu dengan kumpulan perarakan dan kumpulan kompang ketika hari penamaan calon, mempunyai 4 orang naib ketua, atau 5, atau mungkin 6 (tanpa pengetahuan naib ketua yang lain) dan tidak mustahil 9. Asal dapat dibisikkan perkara yang sama di setiap telingan naib-naib ketua AMK yang bertanding mewakili kumpulan ini dengan ayat komersial "undi untuk kau SOLID".

Cuba saudara-saudara pejuang AMK fikir dan bayangkan, di dalam sebuah pilihanraya kecil DUN, mana mungkin satu parti itu meletakkan 2 calon dalam DUN yang sama. Atau apakah mungkin Parti Keadilan Rakyat menghantar 3 orang calon untuk bertanding menentang calon UMNO di sebuah pilihanraya kecil Parlimen ?

Tanpa menifesto visi dan misi yang jelas, tanpa menghiraukan walaupun pasti ada naib ketua dari pasukan ini bakal terkorban, mereka masih menambah jumlah naib ketua.

Sifirnya mudah, mengumpul naib-naib ketua AMK bagi satu tujuan iaitu mencuri populariti naib-naib ketua yang bertanding demi melepaskan kesumat si ketua, di atas signal ketua kepada si ketua.

Jika AMK dipimpin oleh ketua pasukan ini serta timbalan dan naib-naibnya (yang telah dirancang siapa 'chai' sebenar yang bakal peroleh undi), alamatnya sampai ke'tua' AMK akan mundur seribu bahasa.

Ingatlah wahai ahli dan kepimpinan Cabang AMK, ketika saudara bertekad menyertai Keadilan bagi menentang ketidakadilan, ketika itulah saudara semua diishtihar sebagai pejuang. Jika pun bukan pejuang keadilan, sekurang-kurangnya ialah pejuang rakyat, atau sebaliknya. Resam sebenar seorang pejuang itu ialah apa yang anda sedang fikir ketika ini, kerana itulah perjuangan anda dan kerana itulah yang anda perjuangkan!

Jika demi mengembalikan kegemilangan AMK itu dianggap satu perjuangan, maka saya katakan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah wadahnya.

AMK akan lebih gemilang dari mana-mana zaman gemilangnya di bawah keazaman dan kepimpinan seorang tokoh penggembeling revolusi anak muda. Siapakah yang saya maksudkan? Siapapun yang saya maksudkan, pasti ketika ini telah tergambar difikiran anda, tidak lain dan tidak bukan itulah tokohnya.

Jadikanlah pergerakkan AMK ini sehebat ombak besar, kerana apabila sampai masa AMK bangkit, ia akan menjadi Tsunami!!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
aramaite dari sandakan

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa UMNO tidak serah lagi wang warga emas

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

"Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.

"Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi.

Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.

"Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.

Sharpshooter- Mengapa umno hingga sekarang tidak berani serahkan wang warga emas yang mereka kutip berserta dengan senarai nama sekali supaya mudah kita potong nama mereka untuk tahun 2011.

Sharpshooter difahamkan pagi tadi sudah ada sebilangan kecil warga emas yang sudah mula sedar mereka ditipu oleh umno telah meminta semula wang tersebut dari YB Penaga Dato' Azhar.

UMNO menipu orang Melayu dari dulu kini dan selamanya..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

KEADILAN pelawa BN dan SAPP berdebat

IMG_3556SANDAKAN 28 Okt - Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan Debat Perdana yang akan memberi peluang kepada ketiga-tiga calon daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan Paeti Maju Sabah (Sapp) membentangkan kepada pengundi Batu Sapi agenda dan program masing-masing sekiranya di pilih sebagai Ahli Parlimen P185.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata surat jemputan debat yang ditandatangani oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh akan dihantar secara rasmi kepada pejabat Datin Tsen Thau Lin yang mewakili BN dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee daripada Sapp.

"Kita akan hantar surat tersebut hari ini dan akan mendapatkan pengesahan pejabat mereka. Penganjuran debat ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memperkenalkan budaya politik baru di negeri Sabah," kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada sidang nedia di Bilik Gerakan Utama KEADILAN pagi tadi.

Beliau berkata Debat Perdana tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 31 Oktober pukul 2.00 petang di Sanbay Hotel, Sandakan.

Fuziah menambah tajuk debat tersebut adalah bebas dan terbuka tetapi menjurus kepada rancangan setiap calon untuk rakyat da pengundi Batu Sapi.

"Kita akan beritahu rakyat Batu Sapi mengenai program ini, samada calon lain menerimanya setuju berdebat atau tidak kita akan teruskan juga dengan program ini.

"Yang pentingnya pengundi Batu Sapi akan berpeluang apakan yang bakal dilakukan oleh calon-calon yang bakal mewakili mereka di Parlime nanti," kata Fuziah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jawapan bodoh Nazri

Oleh Fazli Othman

IMG_6894KUALA LUMPUR 27 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.

Anwar berkata tugas SPR sepatutnya menjamin pilihan raya diadakan dalam keadaan bebas dan adil.

"Kalau SPR betul-betul adil dan bebas kenapa tidak boleh pantau perkara ini.

"Kalau menurut jaminan Menteri, SPR adalah adil dan bebas dan jika ini betul maka tidak akan boleh kalah. Itu merupakan logik yang tidak betul sebab ada kes di mahkamah kadang-kadang perompak pun boleh menang tidak semestinya dia betul," bidas Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa dengan penjelasan Nazri tersebut.

Beliau juga menjelaskan bukan niatnya untuk mengumpamakan SPR sebagai perompak tetapi alasan yang diberikan Menteri tidak langsung masuk akal.

"Sepatutnya SPR mempertimbangkan pendaftaran 4 juta pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki.

"Ini kata 4 juta tidak berdaftar sebab salah alamat, ini merupakan alasan karut," tegas beliau.spr

Kata beliau lagi, sebab yang diberikan adalah cuma sekadar alasan untuk tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan supaya sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah itu boleh mengundi. Ini tidak, Menteri pula yang bagi jawapan salah alamat. Mana dia tahu salah alamat?," soalnya ketika bangun meminta Nazri memberi penjelasan berhubung isu sama ada kerajaan bercadang untuk mendaftarkan pengundi yang layak secara automatik.

Sebelum itu, dalam menjawab sesi soal jawab pertanyaan lisan pagi semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dalam soalannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan samada kerajaan bercadang mencari kaedah penyelesaian bagi memdaftarkan pengundi secara automatik.

Nazri dalam jawapannya berkata kerajaan tidak ada cadangan untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun dengan alasan sebahagian rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BN anjur pesta dangdut di Batu Sapi bukan berkabung

Oleh Dzulkarnain Taib
ansari1SANDAKAN 27 Okt - Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Semalam saya lewat, orang Sabah bilang 'limpas' pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

"Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela," kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

"Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

"Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

"Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan," jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

"Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

"Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi 'slum area' atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional," ujar Ansari lagi.

WawiBatuSapi2Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

"Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan," kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai 'penganggu' Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

"Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Koleksi gambar2 penamaan calon di Galas








Gambar selanjutnya di sini





Gambar selanjutnya di sini.








Gambar selanjutnya di sini

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

'Hantu' manakah yg mencuri wang zakat?

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan sama ada pihak yang dipertanggungjawabkan tidak menguruskan wang zakat dan dana kewangan badan-badan agama dengan telus dan amanah.

Kata Asri , sejak sekian lama beliau dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini.

“Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan,” kata beliau dalam tulisan blognya di bawah tajuk “Apa jadi dengan institusi agama kita?”

“Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini,” kata beliau.

Asri mengulas pendedahan Laporan Audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan harta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa “mengesahkan” wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Laporan itu antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik.

Oleh itu soal Asri, “ke mana pergi segala peruntukan ini.”

“Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita.

“Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya?

“Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian,” kata Asri lagi.

Sehubungan itu kata beliau, pihak-pihak yang terbabit perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini.

Beliau juga bertanya sejau mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

“Artikel saya pada 2007 yang bertajuk ‘Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi’ rasanya patut dianalisis,” kata Asri.

Selain itu kata beliau, apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan.

“Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

“Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri. Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam?

“Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf ‘amilin’ (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan,” kata beliau.

Selain itu kata beliau, kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama.

“Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan,” katanya lagi.

Asri mengakui bahawa merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan dan baik amatlah sukar dan bukannya mudah.

“Ini kait-mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu dan berbagai lagi.

“Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini.

“Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ansari umum 7 misi perjuangannya.

Ansari Abdullah ketika ditemui pemberita di jeti Pulau Timbang Jetty hari ini.
SANDAKAN, 27 Okt — Parti Keadilan Rakyat hari ini mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 November ini.

Calonnya Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Keadilan juga, katanya, akan bersama rakyat untuk berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang pelbagai program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi.

Menurut Ansari, Keadilan juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar Bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial.

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan layanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih.

Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam tadi.

Katanya beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

“Pagi tadi, ketika mengiringi presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?” katanya.

Dalam pilihan raya itu, beliau berdepan dengan Linda Tsen Thau Lin daripada BN dan Datuk Yong Texck Lee daripada Parti Maju Sabah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian DAtuk Edmund Chong Ket Wah daripada BN akibat nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Zaid lancar 9 perkara Perkukuhkan Keadilan

Keadilan perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.

Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara. Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara. Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.

Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili. Kita bukan sahaja sebuah parti “Reformasi”, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri.

Saya menitik beratkan masa depan proses perubahan. Pemilihan kali ini bukan soal jawatan, kedudukan atau permainan kuasa. Ia bukan soal siapakah yang bakal memegang tampuk kuasa selepas ini. Ia adalah soal apakah yang hendak dan boleh dilakukan selepas ini.

Pemilihan 2010 merupakan julung kalinya untuk negara dan juga untuk parti kita. Setiap anggota mempunyai satu undi, dan setiap undi diambil kira. Untuk julung kalinya dalam sejarah, parti boleh memilih para pemimpin kerana prinsip yang dipegang dan diperjuangkannya dan bukan kerana kesetiaan membabi-buta. Parti bukan membuat keputusan mengenai seseorang calon hanya kerana sumbangan dan komitmen calon berkenaan.

Saya percaya anggota-anggota parti kita sudah cukup matang untuk menilai sendiri para pemimpin mereka yang sedia ada. Saya serahkan kepada kebijaksanaan anggota-anggota parti untuk memutuskan tentang cadangan dan wawasan yang saya ketengahkan kerana saya yakin bahawa inilah cara yang dapat membawa perubahan sebenar kepada Kerajaan kita.

Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kerana keyakinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota dan cabang-cabang parti menerusi pencalonan yang mereka berikan kepada saya. Lagipun, apa yang saya pertahankan dan suarakan adalah untuk mereka.

Saya bertanding jawatan ini bukan untuk berseronok-seronok, bermegah-megah dan membangga diri. Saya bertanding jawatan ini kerana jawatan ini banyak cabarannya. Saya bertanding kerana banyak kerja berat yang masih perlu dilaksanakan.

Dalam pada calon-calon lain tidak habis-habis bercakap tentang kemampuan mereka untuk melindungi Anwar, saya pula percaya bahawa beliau telah membariskan pasukan peguam yang terbaik untuk membelanya. Saya juga prihatin tentang beliau dan keluarganya, tetapi perjuangan dan kepentingan rakyatlah yang paling mustahak. Dan saya tahu anggota-anggota parti dapat membezakannya.

Kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa masa depan Malaysia adalah saling berkait dengan masa depan parti kita. Kita mesti terus bergerak pada landasan yang betul. Rakyat telah memilih untuk memberikan kepercayaan kepada kita. Jadi, dengan penuh takzim dan rendah hati saya meminta agar anda memberikan keyakinan dan kepercayaan untuk kita sama-sama berusaha mendapatkan kembali cita-cita dan idaman parti kita pada saat yang bersejarah ini.

Sembilan Perkara Bagaimana Hendak Menggiatkan Semula Parti dan Negara

  1. Kita perlu mencergaskan semula akar umbi kita. Ini kerana kejayaan sesebuah parti politik perlu diukur melalui aktiviti-aktiviti di peringkat akar umbi. Cabang-cabang kita terdiri daripada individu-individu yang bersemangat tinggi dan komited tetapi sedihnya tidak mempunyai tenaga dan dinamik yang cukup kerana ketiadaan pembiayaan. Saya mampu mencari penyelesaian bagi membolehkan jentera politik yang lebih cekap dan berkesan untuk memberikan sokongan kepada para pemimpin ini dan kerja-kerja murni mereka. Adalah penting agar cabang-cabang menjadi lebih bertenaga dan membabitkan diri dalam proses parti. Adalah penting bagi aktiviti parti mencerminkan keinginan yang tinggi dan dorongan pemimpin-pemimpin cabang. Saya akan galakkan pengambilan anggota-anggota baru sambil menitikberatkan pertambahan anggota yang bermutu dan komited, bukan hanya bilangan yang banyak tanpa mutu. Kita mesti buang mereka yang nama mereka yang masih di daftar keahlian sedangkan hati mereka telah sama-sekali meninggalkan parti. Kita akan secara aktif menggariskan perjuangan parti untuk mengekalkan tumpuan dan bukan cuma banyak memperkatakan isu-isu lama.

  2. Kita mesti memperkasa penyokong setia parti kita menerusi pendemokrasian selanjutnya, tidak kira jawatan dan kedudukan mereka. Kita perlu keluar dari politik feudal, kita perlu memberikan kebebasan kepada cabang-cabang parti daripada kongkongan pusat dan memperkasa jawatankuasa-jawatankuasa peringkat cabang dan negeri. Merekalah yang paling hampir dengan isu-isu berkaitan dan yang paling maklum dan mempunyai keupayaan untuk menanganinya. Kita tidak lagi boleh beranggapan bahawa kepimpinan pusat tahu tentang segala-galanya. Saya akan bekerjasama dengan anggota-anggota parti di setiap peringkat untuk membangunkan dasar-dasar yang adil dan yang mampu bertahan untuk pengurusan yang lebih baik.

  3. Kita perlu memperluaskan keanggotaan kita kepada mereka yang berupaya dan sanggup menyumbang, tanpa diskriminasi. Parti perlu lebih inklusif. Ramai bekas anggota yang telah dipinggirkan, atau yang hampa, atau yang hilang minat, perlu dialu-alukan kembali ke pangkuan parti. Kita perlu mengenal pasti anggota-anggota yang mempunyai kemampuan, memberikan mereka peluang memegang jawatan dan peranan lebih besar. Kerana kewibawaan kita adalah tergantung kepada kewibawaan pemimpin-pemimpin yang kita pilih. Mereka perlu dipilih menggunakan piawaian paling ketat. Mereka perlu mencerminkan masyarakat yang mereka wakili. Warga Sabah umpamanya sepatutnya dibenarkan memilih ketua-ketua mereka sendiri. Begitu juga halnya dengan warga Sarawak.

  4. Kita perlu berusaha menjadi pari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan negara ini. Inilah yang akan menjadi kekuatan kita. Kita perlu menyatukan anggota-anggota daripada setiap kaum dan agama dalam negara ini. Inilah yang akan jauh membezakan kita dengan barisan parti pemerintah yang gagal untuk menyatukan bangsa Malaysia setelah 53 tahun berkuasa. Kita perlu merebut peluang ini, perlu membuktikan bahawa kita mampu untuk menyatukan rakyat di seluruh negara. Saya akan bekerja tanpa henti untuk memadamkan prasangka dan curiga kekelompokan, perkauman dan keagamaan.

  5. Kita perlu mengenepikan dasar pecah dan perintah yang dipakai selama ini oleh barisan parti pemerintah yang sedang berkuasa. Dasar ini memudaratkan dan memundurkan. Sebagai sebuah parti politik progresif, Keadilan mampu melangkah melampaui sempadan kaum, agama, dan kebudayaan dalam konteks Perlembagaan yang sedia ada. Kepelbagaian inilah kekuatan kita. Saya akan mengedepankan model untuk sebuah parti politik yang lebih telus dan demokratik. Kita tidak boleh menghabiskan tenaga kita bermain politik dalam kubu kelompok — Malaysia Timur lawan Malaysia Barat, reformis lawan Islamis, Anwaris dan Sosialis lawan setiap yang lain.

  6. Kita perlu konsisten dalam percakapan dan perbuatan. Pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan-kepentingan lain. Perlu ada kesepakatan tentang apa yang kita perjuangkan sebagai sebuah kumpulan. Sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, saya mampu melaksanakan agenda ini dengan baik.

  7. Pendirian kita dalam soal-soal hak dan kebebasan rakyat wajib jelas. Kita perlu memperjuangkan nasib semua warga Malaysia. Saya percaya parti ini harus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan keadilan untuk setiap kaum tanpa takut dituduh mengabaikan kaum kita sendiri.

  8. Saya akan memastikan aset kita paling berharga, iaitu Selangor, akan terus kuat dan bebas dari sengketa dalaman. Saya akan memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk menjamin kejayaan dalam pilhanraya dan memacu kegiatan pembangunan agar rakyat mengekalkan PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor.

  9. Kita wajib, sebagai pembangkang, memenuhi peranan utama kita menegur dan mengimbangi pemerintah yang ada. Peranan utama kita ialah untuk memastikan kerajaan yang ada ini menjalankan tugas secara yang dapat dipertanggungjawabkan. Kita hanya dapat menjalankan peranan ini jika kita dapat meyakinkan rakyat bahawa kita memiliki barisan pemimpin yang berkemampuan dalam parti. Untuk mencapai perkara tersebut, saya akan memilih hanya mereka yang terbaik untuk membantu kita dan Ahli-ahli Parlimen kita — mereka yang terdiri dari orang awam, para cendekiawan, teknokrat dan mereka yang ahli dalam bidang masing-masing. Saya akan membentuk saluran rasmi untuk berhubungan dengan orang ramai dan untuk mentadbir secara perundingan dengan orang ramai.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Chegubard akan perkenal sistem 'Report Card'

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat akan memperkenalkan sistem ‘report card’ bagi memantau prestasi exco-exco AMK seluruh negara.

Sistem yang buat pertama kali bakal dipraktikkan hanya dapat dilaksanakan sekiranya calon-calon yang mendukung manifesto ‘Penerus Perjuangan Reformasi’ berjaya memenangi jawatan-jawatan tertinggi AMK nanti.

Demikian kata calon Pengerusi Tetap AMK, Amizudin Ahmat ketika menjelaskan perancangan kumpulan yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard untuk membangunkan cabang-cabang AMK seluruh negara.

Menurut beliau lagi, Pengerusi Tetap AMK bakal diberi tanggungjawab untuk memegang atau memantau ‘report card’ exco-exco AMK seluruh negara.

"Chegu Bard ada beritahu jika beliau menang, saya bukan sekadar Pengerusi Tetap Kongres tetapi sebagai pemegang ‘report card’ terhadap semua Exco AMK Malaysia," kata beliau.

"Ini konsep baru yg belum pernah ada dalam AMK. Ya, memang konsep baru, sebab itu Chegu Bard berkata barisan exconya datang dengan sukarela untuk berkhidmat dan berjuang, bukan pilihannya. Mereka datang sendiri untuk dicalonkan, tiada paksaan. Jadi tiada alasan selepas ini untuk mereka tidak beri komitmen. Istiqamah amat perlu dalam perjuangan," jelas beliau lagi.

Objektif

Amizudin turut menjelaskan bahawa objektif konsep ini bertujuan mengelakkan adanya pemimpin AMK yang hanya bekerja apabila tiba musim pemilihan atau pilihan raya atau hanya tahu ‘berkhidmat’ untuk pemimpin lebih tinggi dan bukannya terhadap ahli dan masyarakat kawasannya.

"Maknanya mereka akan dipantau dari segi kehadiran dalam mesyuarat, aktiviti yang diadakan dan juga komitmen mereka dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh AMK pusat.

"Seperi KPI (Indeks Prestasi Utama) dan ini akan diguna pakai untuk membolehkan mereka diangkat sebagai calon terbaik pilihan AMK pusat dalam PRU 13. Kita mahu lahirkan AMK yg berjiwa merdeka dan komited dalam perjuangan bukannya bermusim," jelas beliau lagi.

Selaras dengan cadangan pinda peraturan tetap (tajuk kecil) Beliau turut menegaskan konsep ini selaras dengan rancangan untuk meminda Peraturan Tetap AMK bagi membolehkan Kongres AMK peringkat negeri diadakan.

"Ketua AMK negeri juga akan dipilih melalui kongres peringkat negeri dan bukan lagi akan dilantik oleh Ketua AMK pusat seperti Umno.

"Kerana kita mahu ketua AMK negeri akan bertindak menjaga AMK dalam negerinya dan bukan lagi membodek ketua AMK pusat yang melantiknya dan terhutang budi kepada Ketua AMK pusat".

Amizudin Ahmat merupakan calon Pengerusi Tetap AMK. Selain itu beliau juga merupakan Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen, calon Exco AMK Malaysia.

Sumber - Free Malaysia Today


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, October 27, 2010

Gambar2 penamaan calon di Batu Sapi












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/