SharpShooter Followers

Wednesday, October 20, 2010

Jonah beban buat Shamsul Iskandar?

Shamsul Iskandar dan Jonah adalah calon Ketua dan Timbalan Ketua AMK Pusat tahun 2010. Mereka berdua ini bersama yang lain menggelarkan diri mereka team Reformasi 3.0.

Manakala team Rafizi 'Generasi Reformasi' telah menarik diri apabila mereka akur dengan kehendak 'tangan ghaib' pada saat-saat akhir hari pencalonan.

Terus terang sharpshooter katakan adalah malang bagi AMK yang mungkin kehilangan anak muda yang berpotensi dan terpelajar dalam team 'Generasi Reformasi'. Namun begitu Chegubard masih berpegang pada janji semasa debat di Taiping, beliau akan melantik mereka jika beliau dinobatkan sebagai Ketua AMK Malaysia yang baru.

Sharpshooter pernah terbitkan artikal Shamsul Iskandar bakal Ketua Menteri Melaka termuda di sini. Ini bukanlah menyindir tetapi itulah hakikatnya situasi di Melaka bila Shamsul Iskandar berjaya menyatukan PAS dan DAP di Melaka. Ini adalah sikap Shamsul Iskandar yang wajar diberi pujian.

Jika dalam PRU 12, Sam bertanding di Parlimen Dungun, dalam PRU 13, Sam wajib bertanding di Dun dalam Negeri Melaka. IsyaAllah jika Pakatan Rakyat Berjaya menawan Melaka, kemungkinan besar Shamsul Iskandar akan Berjaya mencipta satu lagi sejarah iaitu Ketua Menteri Melaka termuda.

“Patik bukan sebarang patik…
Patik datang dari Melaka…

Katek bukan sebarang katek..

Ketua Menteri Baru Negeri Melaka..”

Tidak mustahil sejarah tersebut boleh dicipta dan sudah pasti seluruh AMK akan berbangga dengan kejayaan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Menteri Melaka termuda.

Namun apabila dalam pemilihan Keadilan 2010, Shamsul Iskandar akhirnya memilih Jonah sebagai Timbalannya, ia sebenarnya adalah beban buat Shamsul Iskandar...begitulah keluhan AMK dari Selangor. Mereka juga berkata.. "Sudahlah Shamsul Iskandar pun asal dari Melaka, Jonah pun orang Melaka juga...apakah tidak ada pemimpin dari anak muda Selangor? Begitulah luahan rasa derita jiwa beberapa anak muda Selangor pada Sharpshooter yang tidak mahu nama mereka disebut.

YB Amirudin Imam Muda Batu Cave sebenarnya adalah calon Timbalan Ketua AMK harapan anak muda Selangor memandangkan beliau juga terlibat dalam Majlis Sukan Negeri Selangor. Tetapi sayangnya YB Amirudin menarik diri bersama team "Generasi Reformasi" begitu juga YB Nik Nazmi Imam Muda Seri Setia yang tidak bertanding.

Semua ahli Keadilan sedia maklum bahawa Selangor adalah satu-satunya negeri di Semenanjung yang berjaya mengeluarkan pengundi paling ramai semasa pemilihan peringkat Cabang jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Di Selangor mempunyai 22 Cabang dan ahli AMK sahaja adalah seramai 55 ribu orang. Sebab itu Selangor menjadi negeri tumpuan kerana Selangor adalah penentu kemenangan kepada calon yang bertanding.

Mereka juga menambah, sebenarnya apa yang ditulis dalam blog Info Corner - medan info kita adalah benar sebab itulah Jonah tidak berani menyaman pengendali blog tersebut sedangkan Jonah pun tahu siapa pengendali blog tersebut yang merupakan bekas ahli Keadilan yang juga sahabat baik senatak Ezam. Beritanya di sini.

Serba salah juga dibuatnya, sharpshooter langsung tidak berhasrat atau berniat untuk menyerang Jonah apatah lagi Shamsul Iskandar sebab semuanya adalah sahabat seperjuangan dari awal hingga kini. Susah senang diharungi bersama.

Namun begitu, anak muda telah dididik oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk menyatakan kebenaran walaupun agak pahit untuk ditelan. Tetapi percayalah pahit itu adalah ubat yang paling mujarab.

Pemimpin yang sentiasa mahu dipuji atau selalu dipuji samada oleh orang yang rapat atau orang sekelilingnya, maka percayalah pemimpin itu tidak akan dapat bertahan lama kerana adakala rosaknya pemimpin kerana orang sekelilingnya yang sentiasa mengampunya.

Terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak memilih calon pasangan atau calon regu sudah tidak mampu diubah lagi apatah lagi hanya ada dua calon Timbalan AMK yang menghantar borang pencalonan.

Chegubard pula sudah mengumumkan calon Timbalannya YB Chang Lih Kang Adun Teja ini bermakna Shamsul Iskandar sudah tidak ada pilihan lain melainkan membawa juga nama Jonah sebagai calon Timbalannya.

Apakah akan ada perubahan sikap Shamsul Iskandar terhadap calon Timbalannya Jonah setelah menyedari Jonah membebankannya? Dalam dunia politik...segalanya mungkin...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/