SharpShooter Followers

Thursday, October 21, 2010

Amaran terakhir Najib

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

Itulah ayat keramat Najib, PM yang terakhir yang ternyata sudah cemas, gelisah, resah, gundah gulana kerana beliau tahu b-end akan tumbang dalam PRU13.

Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam ucapan dasarnya juga, najib berkata, langkah sedemikian telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

“Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu,” kata beliau dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”.

“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.

“Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” katanya lagi.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya,” kata Najib.

Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.

“Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain,” katanya.

Mendengar ucapan ini sudah pasti meremang bulu roma orang umno dan Melayu mendengarnya. Maka bertepuklah mereka tetapi sedarkah mereka menang bertepuk tetapi Negara sudah tergadai.

Agak menghairankan juga mengapa Najib tidak berani jelaskan isu sebenar tentang perjanjian terbaru KTM Tanjong Pagar dengan Singapura dan telaga minyak blok M dan L yang diserahkan kepada Brunei.

Tetapi apa yang pasti selepas Najib mengesahkan penyerahan Blok L dan M tersebut, beliau dijemput ke Brunei untuk mendapat anugerah tertinggi pada 13 Julai 2010.

Mungkinkah akan ada perwakilan umno yang berani yang akan utara isu ini? Agak-agak masih adakah ahli umno yang berani menegur Najib atau minta penjelasan? Ibarat menunggu ayam jantan bertelur lah jawabnya.

Mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah?

Masih ingatkah kita bila Dr. Mahathir pernah membuat andaian ada agen Singapura di Malaysia apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.

Selepas itu ada beberapa media alternatif yang menyambut andaian Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Mengapa Najib begitu mudah bersetuju dengan rundingan Singapura? "Apakah ada kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib ketakutan.? "

Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.

Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Singapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut. Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

Adakah benar Najib diperas ugut oleh Singapura dengan gambarnya bersama Altantuya? Jika ini benar, sebenarnya negara Malaysia dalam keadaan yang amat bahaya kerana kita mempunyai PM yang mudah diugut dengan kes pembunuhan Altantuya yang menjadi mimpi ngeri najib dan suaminya Rosmah.

Seorang anak muda Keadilan yang berani bernama Chegubard telah menulis sebuah buku bertajuk Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya. Malah Chegubard juga dalam setiap ceramahnya di seluruh negara akan menjual buku tersebut secara terbuka.

Akibatnya Chegubard telah beberapa kali ditahan dan rumahnya digeledah tetapi yang peliknya sehingga kini Chegubard tidak pernah didakwa kerana menulis buku ini.

Mengapa Chegubard tidak pernah didakwa kerana menulis buku ini? sifirnya mudah, kerana apa yang tertulis adalah benar dan mereka tidak berani membawa kes ini ke mahkamah kerana mereka takut segalanya akan terbongkar.

Syabas kepada Chegubard yang berani menulis walaupun beliau tahu risikonya adalah tinggi tetapi inilah sikap anak muda yang bernama Chegubard yang kini menjadi calon Ketua AMK Pusat.

Kepada ahli umno, sharpshooter amat mengharapkan akan ada anak muda umno yang berjiwa merdeka yang berani bercakap dan menyoal Najib tentang perkara tersebut kerana ia melibatkan maruah Negara.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/