Adakah Rahimi akan meminta maaf dalam masa 24 jam dari surat peguam Anwar yang bertarikh 8 Okt 2010? Sama-samalah kita menanti dan menunggu episod seterusnya...harap bersabar...
Sila klik pada surat untuk membaca dengan lebih jelas.
Sementara itu Chegubard berkata senatak Ezam terlibat dalam perancangan fitnah 2.
Pernah cheGuBard tulis dalam blog ini bagaimana Ezam ketika mempengerusikan Mesyuarat GERAK yang terakhir selaku pengerusi GERAK sebelum GERAK di 'serahkan maruah' ke tangan pemuka Umno lama dulu telah memberi gambaran mengenai akan wujudnya tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, ini dinyatakan sendiri oleh ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut. Apakah Ezam terlibat merencana fitnah dua... ? apabila terbaca blog Nazree bekas pengerusi Gerak ..... rasanya Ezam perlu tampil menjawab. baca petikan blog Nazree di bawah.
Ezam tentu rimas diasak dengan asakan yang dia tidak sangka....Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Malah Ezam telah mengarahkan Zahid Mat Arif (bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan) dalam satu ceramah bersama untuk menyerang Nik Aziz secara melampau.
Dalam ceramah bersama dengan Ezam, Zahid menyebut "Nik Aziz bukan ulama tetapi puk_ mak".....
Orang Ezam ada menghubungi Nazree dengan memerahi beliau dengan menyatakan Nazree tak kenang budi.... apa budi Ezam pada Nazree.... ?
Utusan Ezam memberitahu bahawa Ezam kecewa dengan Nazree kerana menyerang secara peribadi tanpa kenal kawan... jawapanya muda Ezam pernah kenal kawan kah ? che'GuBard tidak mengusik Ezam kerana menghormatinya... diamnya cheGuBard terhadap Ezam mengundang rasa ragu teman KEADILAN pada cheGUBard namun Ezam dan juaknya tetap tak memahami mereka serang peribadi termasuk pukul nak bagi mati hingga ke periuk nasi cheGuBard......
Pertanyaan cheGuBard kepada Abang Ezam ..... siapa yang tak kenal kawan.... siapa yang serang peribadi....???? siapa yang berada di landasan ini kerana agenda peribadi....?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/