SharpShooter Followers

Friday, October 08, 2010

Benarkah bapa Rahimi percaya kepada dakwaan anaknya?

Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman, 26, yang dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, pihaknya telah membuka siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu menyebut berhubung kenyataan palsu dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

Menurut Noryah, siasatan kes tersebut kini dikendalikan oleh JSJK Bukit Aman.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memanggil Muhamad Rahimi dan beberapa nama yang dinyatakan dalam laporan polis berkenaan.

“Kita telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis itu dan mana-mana nama dinyatakan di dalam laporan polis terbabit termasuk pengadu akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhamad Rahimi membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dengan ditemani seorang peguam.

Laporan itu berkaitan dengan dakwaan Muhamad Rahimi bahawa beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah iaitu membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.

Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Tambah Nooryah, orang ramai diminta bersabar dan memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan dengan terperinci. - Utusan Meloya

Sharpshooter - Syabas dan terlalu hebat polis raja di malaysia yang begitu pantas bertindak dan menyiasat dakwaan Rahimi. Polis juga dilaporkan mengawal ketat rumah Rahimi.

Utusan Meloya juga melaporkan Zahid Mat Arip berkata pihaknya menerima maklumat bahawa salah seorang pemimpin PKR ada menghubungi bapa Muhamad Rahimi untuk mengadakan sidang akhbar bagi menyangkal dakwaan anaknya itu. ''Tetapi bapanya menolak kerana percaya dengan kejujuran Muhamad Rahimi,'' jelasnya.

Bangang sangatlah kepada siapa yang mempercayai cakap Zahid Mat Arip. Beliau memang begitu celupar dari dulu kini dan selamanya. Zahid juga pernah menuduh Azmin diliwat Anwar dan sanggup serahkan Isterinya kepada Anwar. Zahit juga pernah menuduh Ghani Haron ada hubungan 'luar biasa' dengan isteri senatak ezam sewaktu ezam terpenjara dua tahun.

Adakah benar bapa Rahimi percaya kepada kejujuran anaknya Rahimi? Sumber terbaru yang diterima sharpshooter, bapa Rahimi telah bersedia mendedahkan siapa dibelakang tabir atau 'grand designer' yang merancang dan mengatur fitnah jahat ini terhadap Anwar.

Ada 4 individu yang dikenal pasti adalah dalang terhadap semua isu terbaru yang ditimbulkan oleh Rahimi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada bapa Rahimi untuk mendedahkan segalanya dalam masa terdekat InsyaAllah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/